Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Janji Bebas Karbon Gergasi Teknologi Makin Gagal Ditepati

Janji Bebas Karbon Gergasi Teknologi Makin Gagal Ditepati

Diterbitkan Jun 26, 2025 · Dikemas kini Jun 26, 2025 oleh ariff bukhari

Janji bebas jejak karbon oleh syarikat-syarikat teknologi seperti Apple, Google, Meta, Amazon dan Microsoft kini kelihatan seperti fantasi.

Dulunya mereka berikrar untuk menjadi neutral karbon menjelang 2030 (atau 2040 bagi Amazon), malah Microsoft berazam mahu jadi “net negative” untuk menarik keluar karbon dari atmosfera.

Tapi kini, penyelidik berkata, semua itu makin sukar dicapai. Ia disebab ledakan pembangunan kecerdasan buatan (AI) dan pusat data global yang memakan jumlah tenaga yang sangat besar.

“Sasaran pelepasan gas rumah hijau bagi gergasi teknologi ini nampaknya bergantung pada peraturan pengiraan pelepasan yang sudah lapuk yang memesongkan realiti,” Benja Faecks, pakar pasaran karbon global di Carbon Market Watch.

Penggunaan elektrik meningkat berganda dalam masa beberapa tahun sahaja dan jejak karbon pun ikut meningkat sama.

Kajian oleh Carbon Market Watch dan NewClimate Institute mendapati rancangan bebas emisi oleh Meta, Microsoft dan Amazon adalah “lemah”, manakala Apple hanya “sederhana”.

Sasaran bebas emisi Meta dan Amazon pula dinilai sebagai “amat teruk”.

Isu besar ini berpunca daripada pusat data dan rantaian bekalan yang kurang dikawal di mana separuh daripada pusat data dikendalikan oleh pihak ketiga yang kebanyakkannya tidak memasukkan jejak karbon mereka dalam pelan mereka.

“Pengembangan pesat AI, yang merupakan pengguna besar elektrik dan air, menimbulkan keraguan serius sama ada syarikat teknologi benar-benar dapat mengurangkan emisi mereka dengan ketara menjelang 2030.” Carbon Market Watch

Walaupun pelaburan dalam tenaga boleh diperbaharui semakin meningkat,tapi  ia masih tidak cukup untuk mengimbangi “nafsu” sektor teknologi terhadap keperluan bekalan kuasa elektrik.

Laporan oleh GlobalData pada awal tahun ini juga mengatakan bahawa walaupun syarikat teknologi mempunyai sasaran net zero yang bercita-cita tinggi, mereka masih jauh daripada mencapai sasaran yang sebenar.

Tanpa tindakan tegas dan pemantauan rapi, penyelidik menyatakan, janji-janji bebas karbon ini mungkin akan kekal sekadar janji semata-mata.

Berkaitan

  • Bina PC Power Tanpa Koyak Poket: JOI Work Ultra PC Jawapannya
  • Kajian Terkini Dedah Bateri EV Tahan Lebih Lama Berbanding Kereta ICE
  • Gelombang Haba Berbahaya Melanda Separuh Penduduk Di AS

Sumber: AFP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY