Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Gelombang Haba Berbahaya Melanda Separuh Penduduk Di AS

Gelombang Haba Berbahaya Melanda Separuh Penduduk Di AS

Diterbitkan Jun 25, 2025 oleh ariff bukhari

Pada 25 Jun 2025, hampir separuh daripada penduduk Amerika Syarikat atau sekitar 161 juta rakyatnya kini berdepan dengan gelombang haba ekstrem yang melanda bahagian timur negara itu.

Suhu melonjak ke tahap berbahaya, mencecah sehingga 103°F (39.4°C) di Newark, New Jersey dan 100°F (38°C) di Philadelphia, manakala New York City mencatatkan suhu tertinggi sejak 2012 iaitu 99°F (37°C).

Indeks haba, yang mengambil kira kelembapan, dilaporkan mencecah sehingga 110°F (43.3°C) di kawasan metropolitan New York.

Pakar kaji cuaca menyifatkan keadaan ini sebagai “heat dome” – satu sistem tekanan tinggi yang memerangkap udara panas, menyebabkan suhu meningkat secara berterusan.

Fenomena ini menjejaskan rutin harian penduduk, termasuk penutupan tugu Washington Monument di Washington DC dan kelewatan perkhidmatan kereta api Amtrak akibat had kelajuan.

Lebih 34,000 rumah di Bronx pula terputus bekalan elektrik akibat bebanan pada grid tenaga sehingga memaksa syarikat Con Edison menggesa orang ramai untuk menjimatkan penggunaan tenaga.

Pihak berkuasa memberi amaran tentang risiko kesihatan akibat cuaca panas melampau, terutama bagi warga emas.

Orang ramai dinasihatkan supaya mengehadkan aktiviti fizikal dan berlindung di kawasan berhawa dingin.

Saintis menegaskan bahawa gelombang haba ekstrem ini adalah bukti kesan perubahan iklim dengan ramalan menunjukkan cuaca panas akan menjadi lebih kerap, lebih panjang dan lebih teruk pada masa hadapan.

Tahun 2024 telah mencatatkan rekod sebagai tahun paling panas dalam sejarah, dan 2025 dijangka berada dalam tiga yang teratas.

Berkaitan

  • Pelajar Sarawak, Ini Lokasi Sah Dan Cara Untuk Tebus 'Laptop' Percuma Anda
  • Kilang Simen Serap Karbon Pertama Di Dunia Dilancarkan
  • China Perkenal ‘Meteor-1’, Cip Pengkomputeran Optik Berprestasi Tinggi, Rendah Tenaga

Sumber: AFP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY