Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
air laut

Jangkaan NASA Meleset, Paras Air Laut Meningkat Lebih Cepat Pada 2024

Diterbitkan Mac 17, 2025 oleh ariff bukhari

Paras laut global meningkat lebih cepat daripada jangkaan pada tahun 2024, dengan kadar kenaikan 0.23 inci (0.59 cm), berbanding jangkaan 0.17 inci (0.43 cm).

Menurut NASA, peningkatan ini sebahagian besarnya disebabkan oleh pengembangan haba air laut (thermal expansion) akibat pemanasan luar biasa lautan.

Biasanya, dua pertiga kenaikan paras laut berpunca daripada pencairan ais daratan, manakala sepertiga disebabkan pengembangan haba.

Namun, pada 2024 keadaan ini terbalik, apabila pengembangan haba menyumbang dua pertiga daripada kenaikan tersebut.

“Peningkatan yang kami lihat pada 2024 adalah lebih tinggi daripada yang kami jangkakan. Setiap tahun sedikit berbeza, tetapi apa yang jelas ialah lautan terus meningkat, dan kadar kenaikan semakin laju” Josh Willis, seorang penyelidik paras laut di Makmal Pendorong Jet NASA di California Selatan. “

paras air laut nassa
Graf ini menunjukkan purata paras laut global (berwarna biru) sejak 1993 seperti yang diukur oleh satu siri lima satelit. Garis merah pepejal menunjukkan trajektori peningkatan ini, yang telah meningkat lebih daripada dua kali ganda sejak tiga dekad yang lalu. Garis merah putus-putus mengunjurkan kenaikan paras laut pada masa hadapan.

Sejak satelit pemantauan paras laut dilancarkan pada tahun 1993, kadar kenaikan tahunan kini meningkat lebih dua kali ganda, dengan jumlah kenaikan sebanyak 4 inci (10 cm) dalam tempoh tersebut.

Pemanasan yang melampau, fenomena angin kuat, arus besar di lautan seperti di Lautan Selatan, serta fenomena El Niño menyumbang kepada pemindahan haba secara menegak, seterusnya menyebabkan pengembangan haba yang mempercepat kenaikan paras laut global.

Berkaitan

  • Tablet Terbaru Huawei Ini Ada Kuasa Produktiviti Setanding PC, Ini Rahsianya
  • Ini 5 Telefon Pintar 2025 Dengan Kamera Cantik Untuk Foto Dan Video Raya
  • Masih Ada Yang Was-Was Bayar Zakat Fitrah Secara 'Online', Ini Penjelasan Mufti

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY