Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
zakat fitrah

Masih Ada Yang Was-Was Bayar Zakat Fitrah Secara ‘Online’, Ini Penjelasan Mufti

Diterbitkan Mac 17, 2025 ยท Dikemas kini Mac 17, 2025 oleh ariff bukhari

Apabila tibanya bulan Ramadan, salah satu perkara yang wajib dilakukan oleh umat Islam adalah mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya.

Zakat fitrah mesti ditunaikan selewat-lewatnya sebelum terbenam matahari satu Syawal. Menunaikannya selepas terbenamnya matahari 1 Syawal, hukumnya adalah haram.

Waktu menunaikan zakat fitrah terbahagi kepada 5:

  1. Waktu Wajib – Apabila terbenam matahari akhir Ramadhan sehingga terbit matahari satu Syawal.
  2. Waktu Afdal – Sebelum sembahyang Hari Raya
  3. Waktu Sunat – Sepanjang bulan Ramadhan
  4. Waktu Makruh – Selepas sembahyang hari raya sehingga terbenam matahari satu Syawal.
  5. Waktu Haram – Selepas terbenam matahari satu Syawal.

Kini, terdapat pelbagai cara untuk menunaikan fardhu tersebut di mana umat Islam juga boleh membayarnya secara dalam talian.

Namun begitu, masih terdapat dikalangan kita yang was-was dengan perkara ini.

Sehubungan itu, ingin dijelaskan di sini bahawa membayar zakat fitrah secara online adalah harus dan sah di sisi Islam, dengan syarat pembayaran tersebut dibuat melalui saluran atau institusi yang diiktiraf oleh pihak berkuasa agama seperti Majlis Agama Islam negeri atau badan zakat yang sah.

Perkara ini dinyatakan dengan jelas oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) yang menegaskan bahawa, pembayaran zakat sah sekiranya tidak disertakan akad ijab dan qabul.

Ini kerana syarat sah pemberian zakat adalah berniat dan mempunyai hak pemilikan terhadap harta, serta penyerahan dan penerimaan barang.

Asasnya, syarat utama sah zakat fitrah ialah niat daripada pembayar dan memastikan pembayaran itu sampai kepada pihak yang berhak menerimanya

Maka, kaedah pembayaran (secara online, pindahan melalui bank, atau secara manual) tidak menjadi isu, selagi ia memenuhi syarat tersebut.

Jadi, tiada halangan agama untuk membayar zakat fitrah secara online selagi pembayaran tersebut melalui institusi rasmi yang berautoriti dalam urusan zakat.

Moga dengan penjelasan ini, tiada lagi pihak yang mempertikaikan pembayaran zakat secara dalam talian ini.

Berkaitan

  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • Ini 5 Telefon Pintar 2025 Dengan Kamera Cantik Untuk Foto Dan Video Raya
  • Senarai Lokasi ATM CIMB Terpilih Untuk Pengeluaran 'Duit Raya' 2025

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MyCERT Saran Pengguna iPhone Kemas Kini iOS 27.2 Dengan Segera
  • Microsoft Patenkan AI Yang Boleh Ubah Kata-Kata Ikut Gerak Bibir Dan Ekspresi Wajah Secara Langsung Dalam Video
  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
©2026 WISER.MY