Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
SCAM ALERT_

Ini Tindakan Segera Yang Perlu Dilakukan Jika Rasa Seperti Kena ‘Scam’

Diterbitkan Disember 28, 2023 · Dikemas kini Disember 28, 2023 oleh Amalina Athman

Ketika ini, pihak institusi perbankan dengan kerjasama Bank Negara Malaysia (BNM) secara meluas telah melancarkan kempen #JanganKenaScam bagi meningkatkan kesedaran kepada pengguna mengenai penipuan dalam talian.

Antaranya termasuk memberikan paparan notifikasi di peranti pengguna mengenai panduan melindungi diri daripada scammer, perkara yang perlu dielakkan dan lain-lain.

Ini Tindakan Segera Yang Perlu Dilakukan Jika Rasa Seperti Kena ‘Scam’

Namun, apakah langkah segera yang perlu dilakukan jika rasa seperti kena scam – contohnya telah memuat turun dan memasang fail .APK atau memberikan maklumat sulit?

Berkaitan

  • Waspada, Ini Cara Yang Biasa 'Scammer' Gunakan Untuk Tipu Mangsa
  • Sejauh Mana Anda Boleh Elak 'Scam'? Cuba Kuiz Ini
  • Abaikan Panggilan Dari Pegawai Pusat Respon Scam Kebangsaan

Berikut disertakan senario dan tindakan segera yang perlu dilakukan, jika mengalami mana-mana kejadian di bawah dengan seseorang yang mencurigakan.

Senario 1

Jika anda telah berkongsi maklumat sulit seperti nama pengguna dan kata laluan, OTP/TAC/MSOS, butiran kad kredit, membenarkan akses yang tidak dikenali pada telefon atau memuat turun dan memsang fail .APK daripada sumber yang tidak dikenali, lakukan langkah berikut:

  • Laporkan ke NSRC atau hubungi talian khidmat pelanggan 24 jam bank yang digunakan
  • Laporkan kepada pihak polis secepat mungkin.

Senario 2

Jika telah berkongsi data peribadi seperti alamat rumah, nama penuh ibu, atau frasa keselamatan:

  • Tukar kata laluan dengan segera.
  • Hubungi talian khidmat pelanggan 24 jam bank anda dan laporkan tentang potensi ancaman ini.

Senario 3

Sekiranya rasa seperti telah ditipu atau kena scam, contohnya menerima panggilan/mesej mencurigakan (tapi tidak layan) atau merasakan ia percubaan scam tetapi tidak terpedaya:

  • Hubungi talian khidmat pelanggan 24 jam bank anda dan laporkan tentang potensi ancaman ini untuk bantuan.

Talian khas atau talian khidmat pelanggan

Ini Tindakan Segera Yang Perlu Dilakukan Jika Rasa Seperti Kena ‘Scam’

1. Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) – talian 997 (8.00 pagi – 8.00 malam, setiap hari).

2. Talian khidmat pelanggan 24 jam bank – layari pautan INI untuk dapatkan senarai bank dan nombor telefon yang boleh dihubungi.

Untuk maklumat lebih lanjut, layari portal rasmi Jangan Kena Scam.

Sumber: Jangan Kena Scam

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY