Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MCMC Sekat 1.8 Bilion Nombor Panggilan ‘Scam’ Sejak 2017 – Fahmi Fadzil

Pengguna Tertipu Dengan Scammer, Negara Rugi Lebih RM1.3 Bilion

Diterbitkan Februari 2, 2024 ยท Dikemas kini Februari 2, 2024 oleh ariff bukhari

Tahukah anda, salah satu cara penipuan yang biasa diguna penipu (scammer) adalah menggunakan mesej pancingan data yang direka untuk menggesa pengguna memuat turun aplikasi penipuan, bertujuan untuk memperoleh kelayakan kewangan sama ada melalui pengawasan atau dengan menyamar sebagai aplikasi yang sah.

Mesej yang mengelirukan ini sering meniru organisasi bereputasi seperti bank atau perkhidmatan penghantaran, menggesa pengguna untuk membuat tindakan segera dalam menangani isu yang semasa.

Jenis penipuan ini menjejaskan orang ramai di seluruh dunia, termasuk Malaysia, dan telah berkembang pesat dalam beberapa tahun kebelakangan ini merentasi semua sistem pengendalian mudah alih.

Baru-baru ini, Pusat Tindak Balas Penipuan Kebangsaan (NSRC) turut mencatatkan kerugian sebanyak RM1.34 bilion, dalam 33,234 kes jenayah dalam talian, dari 1 Jan hingga 8 Dis tahun lepas.

๐Ÿ’Œ Because sharing is caring, we want to share online safety tips throughout the month to celebrate #SaferInternetDay this Feb 6 ๐Ÿšจ

Let's start talking about online threats to make sure more people have a better understanding of scammers! ๐Ÿ’š #SaferWithGoogle pic.twitter.com/w9RH3bHYud

— Google Malaysia (@GoogleMsia) February 1, 2024

Jadi sempena itu, mewujudkan kesedaran keselamatan dalam talian di kalangan rakyat Malaysia, Google melancarkan kempen selama sebulan sempena Hari Keselamatan Internet pada 6 Februari 2024, khusus untuk Bulan Keselamatan Internet.

Sepanjang bulan ini, Google akan berkongsi petua keselamatan dalam talian setiap hari di halaman Twitter (X) Google Malaysia, bertujuan untuk mendidik rakyat Malaysia tentang keselamatan dalam talian dan memupuk pengalaman dalam talian yang lebih selamat dan positif.

“Kami mahu meneruskan usaha kami dalam memastikan rakyat Malaysia selamat dalam talian, supaya anda boleh meneroka dunia dalam talian dengan yakin. Produk dan alatan kami juga tersedia, memberikan pengguna kawalan maklumat peribadi mereka dengan alatan seperti Pemeriksaan Keselamatan,ย Semakan Privasi,ย Pengurus Kata Laluan, dan banyak lagi.” Google.

Berkaitan

  • Semak Saman Di MyBayar Sekarang, PDRM Sedang Tawar Diskaun 50%
  • Prasarana Tawar Tambang Percuma Untuk Golongan OKU
  • Portal AI Untuk Rakyat Digantung Sementara Waktu

Sumber: Siaran media Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY