Sejauh Mana Anda Boleh Elak 'Scam'? Cuba Kuiz Ini

Sering kali kita mendengar pelbagai taktik penipuan atau modus operandi yang dijalankan oleh scammer untuk memperdaya pengguna dalam talian, sehingga ada yang kehilangan ratusan ribu ringgit.

Namun, apa yang boleh dilakukan untuk melindungi diri daripada menjadi mangsa scam? 

{suggest}

Antara cara yang boleh dilakukan adalah dengan meningkatkan kesedaran, termasuk mengetahui taktik terkini yang digunakan oleh scammer di Malaysia. Walaupun mungkin tidak sepenuhnya, sedikit sebanyak ia dapat membantu pengguna untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa scam. 

Kuiz #JanganKenaScam


Bagi mengetahui sejauh mana anda boleh mengelakkan diri daripada menjadi sasaran scammer, pengguna boleh mencuba kuiz yang disediakan di laman #JanganKenaScam atau klik SINI.



Sebelum bermula, pengguna perlu memasukkan nama dan pilih avatar. Kemudian, jawab lima soalan yang disediakan dalam kuiz tersebut, yang mana ia berkaitan taktik-taktik terkini yang digunakan oleh scammer. 

Panduan lindungi diri daripada scam


Sebagai panduan, berikut merupakan cara melindungi diri daripada menjadi mangsa scam:

  • Buang aplikasi yang mencurigakan dan muat turun aplikasi (anti-virus) untuk keselamatan.

  • Tukar kata laluan bank anda secara berkala.

  • Laporkan sebarang transaksi yang mencurigakan kepada bank terlibat dan buat laporan polis untuk siasatan lanjut.


Sebagai tambahan, pengguna juga diingatkan untuk tidak melakukan perkara berikut:

  • Jangan muat turun aplikasi di luar platform rasmi (Google Play, App Store, Huawei App Gallery).

  • Jangan kongsi butiran perbankan peribadi anda dengan pihak yang tidak dikenali.

  • Jangan gunakan rangkaian Wi-Fi awam atau terbuka untuk perbankan dalam talian dan mudah alih.


Untuk maklumat lanjut mengenainya, layari laman Jangan Kena Scam.