Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi Watch 5_Horizontal_Online_RGB

Jam Pintar Flagship Pertama Xiaomi, Watch 5 Dilancar Pada Harga RM1,199

Diterbitkan Mac 1, 2026 oleh ariff bukhari

Xiaomi memperkenalkan Xiaomi Watch 5, jam tangan pintar flagship pertama mereka dengan Wear OS 6 dan integrasi Google Gemini untuk bantuan suara tanpa tangan.

Ia menawarkan pengalaman premium dengan akses pantas ke Google Calendar, Maps, Play dan Google Wallet melalui NFC untuk pembayaran tanpa sentuh.

Ia juga dilengkapi fungsi kawalan pintar yang membolehkan pengguna menutup panggilan, melancarkan senaman atau mengawal kamera hanya dengan gerakan tangan.

Xiaomi Watch 5_General Gestire1_Pinch

Selain itu, ia dilengkapi penjejak kesihatan menyeluruh, GNSS dwi-jalur untuk peta luar talian, dan integrasi Xiaomi HyperConnect untuk kawalan peranti silang, menjadikannya jam tangan pintar serba lengkap untuk gaya hidup moden.

Dikuasakan cip Snapdragon® W5 Gen 1, bateri 930mAh dengan teknologi Surge Battery, memberi hayat sehingga 6 hari dalam mod pintar atau 18 hari dalam mod penjimatan kuasa.

Reka bentuk premium dengan rangka keluli tahan karat, kaca nilam depan dan belakang, serta paparan 1.54 inci,  Xiaomi Watch 5 hadir dalam pilihan warna Hitam dan Hijau Black, Juniper pada harga RM1,199.

Xiaomi Watch 5

Beli Xiaomi Watch 5 dari stor rasmi:

  • Shopee – https://invl.me/cln9mxy
  • Lazada – https://invl.me/cln9my1

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • Xiaomi 17 Ultra Dan Leica Leitzphone Dilancar Dengan Fokus Fotografi Profesional, Harga Bermula RM5,499
  • Siri Xiaomi Pad 8 Dilancar Dengan Skrin 3.2K 144Hz, Snapdragon 8 Elite, Harga Bermula RM1,699

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY