Xiaomi turut melancarkan siri Xiaomi Pad 8 yang merangkumi Xiaomi Pad 8 dan Xiaomi Pad 8 Pro, tablet baharu yang memfokuskan produktiviti ringan dengan prestasi flagship serta reka bentuk lebih nipis dan ringan.
Kedua-dua model hadir dengan paparan 11.2 inci 3.2K yang menyokong kadar segar semula sehingga 144Hz serta tahap kecerahan sehingga 800 nits, memberikan pengalaman visual yang tajam dan lancar sama ada untuk kerja, suntingan foto atau penstriman video. Siri Xiaomi Pad 8 juga tampil dengan reka bentuk ultra nipis hanya 5.75mm serta berat sekitar 485 gram, menjadikannya mudah dibawa ke mana sahaja.
Tablet ini dijalankan dengan Xiaomi HyperOS 3 yang turut membawa integrasi Xiaomi HyperAI, selain antara muka yang lebih kemas dengan skrin kunci, widget serta animasi yang diperbaharui. Sistem ini turut menyokong pengalaman produktiviti seperti komputer melalui fungsi split-screen baharu, Workstation Mode yang dipertingkat serta sokongan PC-Level Browser dengan fungsi klik kanan dan pratonton tetikus.
Untuk kerja pejabat, siri Xiaomi Pad 8 turut dilengkapi WPS Office versi PC yang menyokong dokumen, pembentangan, helaian serta PDF secara terus pada tablet.

Dari segi prestasi, Xiaomi Pad 8 Pro dikuasakan cip Snapdragon 8 Elite Mobile Platform yang menawarkan peningkatan prestasi CPU sehingga 81 peratus dan GPU sehingga 103 peratus berbanding generasi sebelumnya. Model ini turut menyokong 67W HyperCharge, kamera belakang 50MP, kamera hadapan 32MP serta storan sehingga 512GB.

Sementara itu, Xiaomi Pad 8 pula menggunakan cip Snapdragon 8s Gen 4 yang menawarkan peningkatan prestasi CPU sebanyak 32 peratus dan GPU sehingga 67 peratus. Ia turut menyokong 45W turbo charging, kamera belakang 13MPserta kamera hadapan 8MP dengan storan sehingga 256GB.
Kedua-dua tablet ini dilengkapi bateri 9,200mAh serta menyokong aksesori seperti Xiaomi Focus Pen Pro dan papan kekunci Xiaomi Pad 8 bagi meningkatkan produktiviti.

Di Malaysia, Xiaomi Pad 8 Pro (12GB + 512GB) dijual pada harga RM2,999, manakala Xiaomi Pad 8 (8GB + 256GB) berharga RM1,999 dan Xiaomi Pad 8 (8GB + 128GB) berharga RM1,699. Sepanjang tempoh promosi sehingga 31 Mac 2026, Xiaomi turut menawarkan harga promosi bermula RM1,599 bersama hadiah percuma terpilih.
{suggest}
