Jam Pintar Baharu, Siri Xiaomi Watch S1 Dijual Dengan Harga Bermula RM649

Di samping memperkenalkan peranti boleh pakai Xiaomi Buds 3T Pro, Xiaomi menambah 1 lagi barisan peranti boleh pakai iaitu siri Xiaomi Watch S1.

Untuk rekaan Xiaomi Watch S1, ia mempunyai rekaan yang estetik dengan gabungan kaca jenis nilam dan bingkai keluli tahan karat. Pada bahagian paparan , ia didatangkan dengan skrin berukuran 1.43 inci jenis AMOLED.

Anda boleh menetapkan sehingga 200 antara muka yang boleh dipilih dengan padanan tali kulit ataupun getah mengikut cita rasa anda.



Selain itu, ia juga didatangkan dengan fungsi penjejak kesihatan iaitu sebanyak 117 mod sukan dan 19 mod profesional. Xiaomi Watch S1 ini juga boleh disambungkan dengan dual-band GPS, boleh mengesan degupan jantung, kualiti tidur, tahap stres, oksigen dalam darah (SpO2) dan banyak lagi.

Pengguna juga boleh melihat data daripada jam ini melalui aplikasi Strava atau Apple Health. Untuk penggunaan biasa, Xiaomi Watch S1 ini boleh bertahan sehingga 12 hari dalam mod sedia dan 24 hari ketika dalam mod penjimatan bateri.

Model kedua pula ialah Xiaomi Watch S1 Active. Spesifikasi yang ditawarkan sama sahaja seperti Xiaomi Watch S1, cumanya pada bingkai yang digunakan adalah jenis logam dan bukannya keluli tahan karat memandangkan ia adalah model bawahan daripada Watch S1.

Selain itu, ia juga menyokong panggilan Bluetooth, pembayaran melalui Mastercard NFC, dual-band GPS dan banyak lagi.



Kedua-dua model ini akan dijual bermula hari ini dengan harga RM899 untuk Xiaomi Watch S1 dan RM649 pula untuk Xiaomi Watch S1 Active. Untuk beli anda boleh tekan pautan di bawah:

Xiaomi Watch S1

Xiaomi Watch S1 Active



Jika anda membeli jam pintar ini pada dari 16 hingga 24 Mac 2022, anda akan membawa pula Redmi Buds 3 Pro (RM239) dengan pembelian Watch S1 dan Redmi Buds 3 Lite (RM99) dengan pembelian Watch S1 Active.

Sumber: Xiaomi

Baca juga: