Semalam ketika pelancaran Xiaomi 12 dan 12 Pro, Xiaomi turut melancarkan TWS Xiaomi Buds 3T Pro. Ia merupakan fon telinga jenis in-ear yang dihadirkan dengan fungsi pembatalan aktif hingar (active noice cancelation) atau ANC.
Fungsi ANC ini hadir dengan 3 mod yang mampu membatal hingar sehingga 40dB, mod penyesuaian yang membenarkan ia menukar mod secara automatik dan mod transparency untuk memastikan pengguna sentiasa peka dengan suasana sekeliling.
Ia juga memberikan bunyi bertaraf studio untuk penghasilan audio yang lebih terperinci di samping mengurangkan pengherotan audio. Ini kerana, Xiaomi Buds 3T Pro dilengkapi dengan gabungan inovatif perisian dinamik 10mm dwi-magnet dengan salutan DLC serta sokongan LHDC 4.0 audio codec.
Yang paling menarik, Xiaomi Buds 3T ini mempunyai fungsi Dimensional audio untuk pengguna merasai pengalaman bunyi dari semua sudut 360 darjah.
Tidak seperti TWS Xiaomi sebelum ini, Xiaomi Buds 3T Pro ini boleh membolehkan ia disambungkan kepada 2 peranti serentak. Ini bermaksud anda boleh menjawab panggilan dari telefon anda walaupun ketika anda sedang mendengar lagu dari komputer riba.
Buds 3T Pro ini boleh bertahan sehingga 6 jam untuk sekali pengecasan dan mampu bertahan sehingga 24 jam bersama dengan bekas penyimpanan. Tidak lupa juga ia menyokong pengecasan wayarles.
Jika berminat, Xiaomi Buds 3T Pro ini dijual bermula hari ini dengan harga RM549 di Shopee dan Lazada Xiaomi yang hadir dengan 2 warna iaitu Gloss White dan Carbon Black. Sempena early bird sale, anda boleh dapatkan TWS ini dengan harga RM499 jika anda beli dari 16 hingga 24 Mac 2022.
Sumber: Xiaomi
Baca juga: