Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
camera xiaomi 12 pro

Xiaomi 12 Pro Rasmi – Hadir Dengan Snapdragon 8 Gen 1, 3 Lensa 50MP, Harga RM3899

Diterbitkan Mac 15, 2022 · Dikemas kini Mac 15, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Dalam acara pelancaran siri Xiaomi 12 sebentar tadi, versi spesifikasi tertinggi siri ini iaitu Xiaomi 12 Pro menjadi tumpuan dengan kemampuan kameranya diperlihatkan.

Xiaomi 12 Pro dikuasakan Snapdragon 8 Gen 1 dengan binaan 4nm bersama Adreno 730G, bateri sedikit lebih besar berbanding versi biasa iaitu 4,600mAh dengan pengecasan pantas 120W, pengecasan 50W tanpa wayar dan pengecasan berbalik 10W.

xiaomi 12 pro 3

Untuk paparan WQHD+ E5 AMOLED-nya pula, ia hadir sebesar 6.73 inci dengan resolusi 3,200 x 1,440 piksel dengan kecerahan maksimum 1,500 nit dan disertakan teknologi LTPO 2.0. Ia juga menyokong kadar segar semula dinamik sehingga 120Hz bersama input sentuh 480Hz, paparan 10 bit, sokongan HDR10+ dan mempunyai pengiktirafan Dolby Vision. Skrinnya turut sama mendapat A+ daripada DisplayMate.

 

Xiaomi 12 Pro Rasmi – Hadir Dengan Snapdragon 8 Gen 1, 3 Lensa 50MP, Harga RM3899
Yang menjadi tumpuan model Pro ini ialah kameranya yang hadir dengan tiga lensa 50MP. Kamera utamanya menggunakan Sony IMX707 dengan OIS dan sensor 1/1.128 inci, kemudian sebuah kamera telefoto dan sebuah lagi kamera ultra lebar yang juga buatan Samsung. Seperti versi bukan Pro, kamera swafotonya juga 32MP.

Xiaomi 12 Pro Rasmi – Hadir Dengan Snapdragon 8 Gen 1, 3 Lensa 50MP, Harga RM3899

Dalam acara tadi, gambar KLCC turut dikongsi hasil tangkapan pengguna menggunakan Xiaomi 12 Pro.

Xiaomi 12 Pro Rasmi – Hadir Dengan Snapdragon 8 Gen 1, 3 Lensa 50MP, Harga RM3899

Mod Ultra Night dibandingkan dengan iPhone 13 Pro Max dan berdasarkan imej dikongsi, imej dihasilkan Xiaomi 12 Pro lebih cerah dan jelas walaupun dalam keadaan gelap gelita.

Xiaomi 12 Pro Rasmi – Hadir Dengan Snapdragon 8 Gen 1, 3 Lensa 50MP, Harga RM3899

Ciri tambahan lain ialah empat (quad) pembesar suara yang disunting Harman Kardon, Dolby Atmos, pengesan cap jari bawah skrin, menyokong Wi-Fi 6E dan menggunakan Corning Gorilla Glass Victus. Untuk storan, ia juga menggunakan LPDDR5 dan teknologi UFS 3.1.

Xiaomi 12 Pro hadir dengan jaminan selama 2 tahun dan pengguna boleh mendapat gantian skrin secara percuma dalam masa 6 bulan pertama selepas pembelian.

Kesemua siri Xiaomi 12 akan langsung disertakan dengan Android 12 dan MIUI 13. Untuk kemas kini, ia dijanjikan 3 versi Android bersama tampalan keselamatan selama 4 tahun.

photo_2022-03-15_20-50-14 (2)

Dengan teknologi  AdaptiveCharge, masalah overcharge dapat diatasi kerana sistem akan memperlahankan kadar pengecasan apabila sampai 80%.

Soal pengecasan pula, ciri ProCharging datang dengan 2 mod. Dalam mod boost, pengguna dapat mengecas 0-100% dalam 18 minit manakala dalam mod biasa pula dalam 24 minit.

all xiaomi price rm

Dalam pada itu, ciri AdaptiveSync Pro pula akan menyelaraskan kadar segar berdasarkan penggunaan serendah 10Hz sehingga 120Hz yang mampu memberikan penjimatan bateri sehingga 50%.

Pelbagai keistimewaan ditawarkan untuk pelanggan yang melakukan pratempah dari 15 Mac hingga 23 Mac 2022 termasuklah Xiaomi Soundbar, jaminan lanjutan dan gantian skrin percuma.

Web capture_15-3-2022_21396_event.mi.com

Buat pertama kalinya, Xiaomi menawarkan Perkhidmatan Jaminan Antarabangsa untuk 50 pasaran seluruh dunia. Misalnya, pengguna yang membeli Xiaomi 12 Pro di Brazil boleh membuat tuntutan waranti di pusat perkhidmatan di Malaysia jika perantinya mengalami masalah ketika di sini.

Untuk pasaran Malaysia, Xiaomi 12 Pro dengan 12GB+256GB ditawarkan pada harga RM3,899. Anda boleh mula melakukan pratempah dalam mulai sekarang melalui laman sesawang Xiaomi atau kedai rasmi merek di Shopee dan Lazada.

  • Sering Dimasukkan Ke ‘Group’ Aneh Dan ‘Scam’ Di Telegram? Ikuti Langkah Ini Untuk Kekal Selamat
  • Pengguna iPhone? Ini Cara Rakam Video Sambil Mainkan Lagu Di ‘Background’
  • Bukan Nak Minta Kerja Je Kena Ada Kabel, Nak Internet Laju Pun Kabel Kena Besar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY