Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot 2022-03-15 202404

Akhirnya, Xiaomi 12 Dilancarkan Di Malaysia Dijual Dengan Harga RM2,899

Diterbitkan Mac 15, 2022 · Dikemas kini Mac 15, 2022 oleh Faiz Munir

Setelah 3 bulan menunggu, akhirnya Xiaomi 12 dilancarkan di Malaysia. Pasti ramai yang ternanti-nanti kehadiran peranti ini. Jadi mari kita lihat apa yang ditawarkan pada peranti ini.

Xiaomi 12 ini adalah antara peranti terawal yang dijanakan dengan cipset terbaharu dari Qualcomm iaitu Snapdragon 8 Gen 1 selepas ia dilancarkan di China pada Disember tahun lepas. Semestinya, dengan penggunaan cipset ini, Xiaomi 12 mampu memberi prestasi yang lebih pantas dengan penggunaan tenaga yang lebih rendah.

Screenshot 2022-03-15 201901

Saiz skrin Xiaomi 12 ini adalah sebesar 6.28 inci. Dengan saiz tersebut, peranti ini sangat selesa apabila dipegang. Skrin yang digunakan adalah jenis AMOLED, FHD+, HDR10+ dengan kadar segar semula 120Hz AdaptiveSync dan 480Hz kadar input sentuh. Kecerahannya juga mencapai sehingga 1,100 nits dan menyokong Dolby Vision. Skrin ini juga mempunyai perlindungan Corning Gorilla Glass Victus.

xiaomi 12

Xiaomi memfokuskan kelebihan fotografi yang terdapat pada Xiaomi 12 kali ini. Terdapat 3 lensa yang dimuatkan iaitu 50MP lensa utama, 13MP lensa ultra lebar, dan 5MP lensa telemakro.

Di samping 3 lensa ini, Xiaomi juga menggandingkannya dengan algoritma AI untuk membolehkan pengguna merakam video ultra malam, mod potret malam, potret HDR dan banyak lagi.

AI yang disertakan ini juga mempunyai teknologi ProFocus yang membuatkan peranti ini dapat memfokuskan pada subjek ketika merakam video mahupun ketika mengambil gambar. Tidak lupa juga dengan kamera swafoto 32MP yang mampu merakam video 4k HDR10+, video potret dan mod swafoto malam.

Screenshot 2022-03-15 202248

Walaupun dengan saiz yang agak kecil, Xiaomi 12 ini disumbatkan dengan bateri berkapasiti 4,500mAh dengan menyokong pengecasan pantas 67W yang mampu mengecas penuh dalam masa 39 minit. Selain itu, ia juga menyokong pengecasan wayarles 50W dan pengecasan berbalik 10W.

Beralih kepada bahagian audio pula, Xiaomi 12 dilengkapi dengan pembesar suara stereo Harman Kardon dengan sokongan Dolby Atmos. Kedudukan pembesar suaranya yang simetri juga mampu memberikan audio yang lebih seimbang dan lebih tepat.

Fungsi lain yang terdapat pada peranti ini adalah dwi-SIM 5G, Bluetooth 5.2, NFC, WiFi 6 dan 6E.

Xiaomi 12 ini akan hadir dengan 3 pilihan warna iaitu Gray, Purple dan Blue dijual dengan harga RM2899 untuk varian 8GB+128GB dan RM2999 untuk varian 8GB+256GB.

Untuk jualan kilat Xiaomi 12, anda boleh pra-tempah peranti ini dengan harga RM2799 sahaja dengan penjimatan sebanyak RM100 untuk varian 8GB+128GB. Bukan itu sahaja, jika anda pra-tempah anda juga akan mendapat Xiaomi Soundbar (RM1499), pemanjangan tempoh jaminan 1 tahun (RM499) dan penggantian skrin percuma untuk 6 bulan pertama (RM199).

Screenshot 2022-03-15 210912

Screenshot 2022-03-15 210836

Anda boleh mula pra-tempah peranti ini mulai sekarang melalui laman sesawang Xiaomi atau kedai rasmi mereka di Shopee dan Lazada.

Baca juga:

  • 5 Telefon Gaming Terbaik Yang Anda Boleh Dapatkan Buat Masa Ini
  • 3 Model Yang Mungkin Akan Diumumkan Samsung Pada Acara 17 Mac Ini
  • Kenderaan Yang Masuk KL Mungkin Dikenakan ‘Caj Kesesakan’ Apabila MRT3 Siap

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY