Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ilustrasi luka dijahit

Jahitan Elektrik Bantu Luka Sembuh Lebih Cepat – Kajian

Diterbitkan Januari 14, 2025 · Dikemas kini Januari 16, 2025 oleh Amsyar Latif

Para saintis di Universiti Donghua, China, telah mencipta jahitan khas yang menghasilkan caj elektrik apabila diregangkan, membantu luka sembuh dengan lebih cepat. Jahitan ini diperbuat daripada serat khas yang menghasilkan medan elektrik semasa pergerakan, mempercepatkan proses penyembuhan luka.

Dalam ujian makmal, luka yang ditutup dengan jahitan elektrik menunjukkan pengurangan kawasan luka sebanyak 69% kepada hanya 10.8% dalam tempoh 24 jam. Sebagai perbandingan, jahitan biasa hanya mengurangkan kawasan luka kepada 32.6% dalam tempoh masa yang sama.

Kajian mendapati medan elektrik ini mempercepatkan pergerakan fibroblas, sel penting untuk menghasilkan tisu penghubung baharu.

Ujian pada tikus juga menunjukkan keputusan yang mengagumkan, di mana luka pada tikus yang menggunakan jahitan elektrik sembuh sehingga 96.5% dalam 10 hari, berbanding 60.4% dengan jahitan biasa. Selain itu, jahitan elektrik ini juga mengurangkan kadar jangkitan bakteria, walaupun tanpa proses pembasmian kuman harian.

Keistimewaan jahitan ini adalah ia diperbuat daripada bahan bioabsorbable, yang bermaksud ia boleh larut sendiri dalam tubuh tanpa perlu dikeluarkan secara pembedahan. Ini menjadikannya lebih mudah dan selamat untuk pesakit.

Walaupun kajian ini masih memerlukan lebih banyak penyelidikan sebelum digunakan pada manusia, jahitan elektrik ini berpotensi besar membantu mempercepatkan penyembuhan luka dan mengurangkan komplikasi.

Sumber: scimex

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • 'Bapa AI': Risiko AI Sebabkan Kepupusan Manusia Dalam 30 Tahun Akan Datang Kini Cecah 10% Hingga 20%
  • AI Boleh Tiru Keperibadian Manusia Dengan Ketepatan 85% Hanya Dalam Dua Jam - Kajian
  • HDMI 2.2 Akan Tiba Tahun Ini, Tawar 'Bandwith' Setinggi 96Gbps Untuk Video Dan Audio Berkualiti Tinggi
  • Sekatan Eksport Cip AI AS, Ini Kesan Kepada Malaysia Dan Dunia

Terbaru

  • Pengguna iPhone Dengan iOS Lama Berisiko Digodam, Telegram Mula Hantar Amaran
  • Stesen RTS Bukit Chagar Guna Sistem Imigresen NIISe Sepenuhnya - Bakal Pengguna Disaran Daftar Lebih Awal
  • Saman MCMC Tidak Jejas Pelaburan Berbilion Ringgit Google Di Malaysia - PM Anwar
  • Beli Peralatan Elektrik 'Online'? Semak 3 Perkara Ini Dahulu
  • Cara Pindahkan Mata Ganjaran Kad Mesra Lama Ke Aplikasi Setel
  • Penyelidik Jepun Hasilkan Sel Hibrid “Planimal” Daripada Alga Merah dan Sel Hamster
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
©2026 WISER.MY