Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Bandwidth-Comparison HDMI

HDMI 2.2 Akan Tiba Tahun Ini, Tawar ‘Bandwith’ Setinggi 96Gbps Untuk Video Dan Audio Berkualiti Tinggi

Diterbitkan Januari 9, 2025 · Dikemas kini Januari 9, 2025 oleh ariff bukhari

HDMI Forum, Inc. telah mengumumkan pelancaran Spesifikasi HDMI Versi 2.2 yang akan datang.  Spesifikasi baharu ini menawarkan pilihan yang lebih canggih untuk ekosistem HDMI.

Teknologi baharu ini menyokong jalur lebar (bandwith) 96Gbps dan teknologi HDMI Fixed Rate Link generasi terbaru yang memastikan kualiti audio dan video terbaik untuk pelbagai aplikasi peranti.

Pengguna dijamin akan dapat menikmati format video asli pada paparan mereka dengan cara yang paling optimum dan pengalaman yang lancar serta boleh dipercayai.

HDMI 2.2 Akan Tiba Tahun Ini, Tawar ‘Bandwith’ Setinggi 96Gbps Untuk Video Dan Audio Berkualiti Tinggi
Spesifikasi ini juga memperkenalkan Kabel Ultra96 HDMI® yang menyokong jalur lebar96Gbps dan semua ciri Spesifikasi HDMI 2.2. Kabel ini akan melalui Program Pensijilan Kabel HDMI untuk memastikan setiap model diuji dan disahkan.

Menurut Chandlee Harrell, Presiden HDMI Forum, spesifikasi ini bertujuan memenuhi permintaan ekosistem HDMI yang semakin berkembang dengan ciri dan kemampuan berprestasi tinggi, sejajar dengan kemajuan teknologi baharu di pasaran.

Spesifikasi ini menyokong resolusi dan kadar segar semula yang lebih tinggi, memberikan pilihan berkualiti tinggi untuk aplikasi intensif data seperti AR/VR, realiti spatial, papan tanda digital berskala besar dan pengimejan perubatan.

HDMI 2.2 Akan Tiba Tahun Ini, Tawar ‘Bandwith’ Setinggi 96Gbps Untuk Video Dan Audio Berkualiti Tinggi
Kabel HDMI 2.2 akan dilabelkan sebagai “Ultra96.”

Ciri tambahan termasuk Protokol Indikasi Latensi (LIP) untuk meningkatkan penyelarasan audio dan video, terutamanya dalam konfigurasi sistem berbilang peranti seperti penerima audio-video atau soundbar.

Spesifikasi HDMI 2.2 akan tersedia kepada semua pengguna HDMI 2.x pada separuh pertama tahun 2025.

Berkaitan

  • Apa Yang Perlu Anda Tahu Tentang Format HDMI 2.1
  • Dah Tamat Waranti Tapi Masih Nak Jimat Duit Hantar Servis Peranti HUAWEI? Ini Berita Baik Untuk Anda
  • Rasmi, Siri Anime Ghost of Tsushima: Legends Akan Tiba Pada 2027

Sumber: HDMI Forum

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
  • OpenAI Lancar GPT-6.1 Terra, Lebih Pantas Dengan Ketepatan Fakta Dipertingkat
  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
©2026 WISER.MY