Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
disekat di telegram

Awas, Mereka Yang Telah Disekat Di Telegram Masih Boleh Tahu Maklumat Anda Dan Buat Perkara Ini

Diterbitkan Mei 26, 2022 · Dikemas kini September 29, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Kalau diberi pilihan antara dua, WhatsApp atau Telegram, pastinya ramai yang memilih Telegram kerana banyak ciri dan fungsi ditawarkan di platform itu.

Tapi, disebabkan ciri yang banyak itu juga, ia menjadi tempat scammer mencari mangsa dan ada kelompongan yang ramai tidak tahu.

Salah-satu kelompongan itu ialah apabila anda telah menyekat atau ‘block’ seseorang, maklumat akaun anda yang mereka masih boleh tahu dan lakukan ialah:

  1. Nama (nama yang dilihat pengguna lain).
  2. Nama pengguna (username).
  3. Nombor telefon (jika anda pilih untuk paparkannya).
  4. Kumpulan (group) yang anda sama-sama sertai.
  5. Tambah anda ke dalam kenalan (contact).

Selepas mereka disekat, mereka masih boleh menambah anda ke dalam kenalan walaupun nombor telefon anda tidak didedahkan. Jadi, jika anda menyahsekat (unblock) anda pada masa depan, mereka boleh melihat akaun anda dalam senarai kenalan Telegram.

Jangan keliru, senarai kenalan dalam telefon dan Telegram berbeza.

Apabila anda sudah menambah seseorang ke dalam senarai kenalan Telegram, ia kekal walau berapa banyak peranti anda tukar/guna. Ia hanya hilang apabila anda padam secara manual. Oleh kerana itulah walaupun anda sudah padam nombor telefon seseorang dalam telefon, Telegram masih memaparkan individu tersebut dalam kenalan Telegram.

Di bawah ialah paparan tetapan nama dan username di Android dan iOS.

Awas, Mereka Yang Telah Disekat Di Telegram Masih Boleh Tahu Maklumat Anda Dan Buat Perkara Ini
Android
Awas, Mereka Yang Telah Disekat Di Telegram Masih Boleh Tahu Maklumat Anda Dan Buat Perkara Ini
iOS

 

Tapi, apa yang mereka tidak boleh lakukan selepas disekat?

  • Hantar chat
  • Buat panggilan biasa dan video
  • Lihat gambar profil

Berikut ialah paparan profil sebelum dan selepas disekat.

Awas, Mereka Yang Telah Disekat Di Telegram Masih Boleh Tahu Maklumat Anda Dan Buat Perkara Ini
Sebelum disekat.
Awas, Mereka Yang Telah Disekat Di Telegram Masih Boleh Tahu Maklumat Anda Dan Buat Perkara Ini
Selepas disekat.

 

Apa anda boleh lakukan untuk menghalang mereka yang disekat daripada terus mempunyai akses ini?

Malangnya, jawapannya tidak ada apa-apa anda boleh lakukan.

Anda boleh mencipta akaun baharu jika benar-benar mahu ‘mulakan semula’ atau start over namun pastinya akan memberi kesan pada chat anda dengan pengguna lain sebelum ini.

Diharapkan Telegram akan menambah baik ciri ini demi privasi pengguna pada masa akan datang.

Sebelum ini kami pernah berkongsi tanda-tanda untuk ketahui jika anda disekat di Telegram.

Berkaitan

  • Cara 'Compress' Saiz Gambar Dengan Mudah Guna Telegram
  • Gambar Lama Profil Di Telegram Masih Boleh Dilihat? Ini Cara Padam Buat Selama-Lamanya
  • Storan Telefon Anda Penuh Mungkin Sebab Telegram, Ini Cara Selesaikannya

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY