Ada 4 Tanda Ini Di Telegram? 'Confirm' Anda Kena 'Block'

Media sosial menjadi perantaraan utama untuk aktiviti komunikasi manusia hari ini. Setelah sekian lama spesis ini belajar dan semakin handal menggunakannya, penggunaan butang 'Sekat' atau 'Block' kini bukan lagi satu perkara ganjil.

Terdahulu, kami ada kongsikan bagaimana anda boleh menyemak jika anda telah disekat di WhatsApp. Kali ini, kami kongsikan bagaimana untuk tahu jika akaun Telegram anda sudah disekat oleh seseorang

Gambar Profil


Sama seperti di WhatsApp, gambar profil individu yang sekat anda tidak akan dapat dilihat. Jadi, hanya huruf yang dipaparkan. Jika anda simpan kenalan tersebut sebagai "Meor Wiser", maka huruf M akan tertera.

Diingatkan, pengguna juga boleh menetapkan untuk menyembunyikan gambar. Jadi, belum tentu anda disekat.

Status 'Last seen long time ago'


Jika anda disekat, status individu tersebut secara automatik akan menjadi 'last seen long time ago'.

Katakanlah anda baru sahaja berbalas mesej dengannya dalam masa kurang sebulan, ia sepatutnya menunjukkan 'last seen within a month'.

Tapi jika ia tunjukkan 'last seen a long time ago' sebelum cukup sebulan, ini juga petanda besar anda sudah disekat.

Hal ini kerana Telegram hanya gunakan 'last seen a long time ago' selepas sebulan seseorang tidak membuka aplikasi.

Misalnya, anda dapati individu tersebut baru saja aktif kali terakhir minggu lalu, tetapi secara tiba-tiba anda sudah dapati 'last seen long time ago', maka sah anda sudah disekat, tak perlu petanda lain lagi.

Mesej Hanya Satu 'Tick'


Jika anda hantar mesej pada mereka dan dapati ia kekal pada satu 'tick' pada jangka masa lama, ini juga boleh bermakna anda sudah disekat.

Diingatkan juga, sistem 'tick' pada Telegram sedikit berbeza daripada WhatsApp di mana ia hanya memaparkan dua 'tick' hanya jika pihak sebelah sana sudah membaca chat tersebut.

Jika mereka sudah menerima tetapi memilih untuk mengabaikan mesej anda, ia akan kekal satu 'tick'. Sistem dua 'tick' padanya sama seperti fungsi 'bluetick' pada WhatsApp.

Panggilan dan Video Tidak Terhubung


Anda juga tidak boleh melakukan sebarang panggilan suara mahupun video dengan mereka yang telah menyekat anda. Anda mungkin masih mendengar bunyi beep seolah-olah ia sedang disambungkan tapi ia tidak akan berhenti.

Pihak yang menyekat anda sebenarnya tidak menerima sebarang notifikasi apabila anda buat panggilan.

Tiada Label 'Akaun Dihapus' Atau 'Account Deleted'


Apabila seseorang memadam akaun Telegram mereka secara kekal, profil mereka akan menunjukkan label 'Akaun Dihapus' atau 'Deleted Account'.

Jadi, jika akaun mereka tidak memaparkan label ini tetapi tidak dapat dihubungi, anda mungkin telah disekat.

Apakah anda benar-benar disekat?


Andainya hanya salah satu sahaja petanda di atas terjadi pada anda, kebarangkalian anda disekat masih rendah. Mereka mungkin telah nyahpasang Telegram atau tidak membukanya.

Tetapi, jika kesemuanya tanda muncul, anggaplah anda benar-benar telah disekat oleh individu tersebut. Empat petanda tersebut ialah ketiadaan gambar profil, status 'last seen long time ago', panggilan tidak dijawab dan tiada label 'Akaun Dihapus'.

Untuk mengesahkannya, anda boleh cuba hantar mesej menggunakan akaun lain seperti akaun baru atau rakan anda. Jika pihak sana membalas atau tiada 'last seen a long time ago', sahlah akaun anda telah disekat.

Baca juga: