Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
telegram gambar profil-min

Gambar Lama Profil Di Telegram Masih Boleh Dilihat? Ini Cara Padam Buat Selama-Lamanya

Diterbitkan Mei 9, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Tahukah anda, jika anda cuma menukar gambar profil di Telegram, gambar lama anda masih boleh dilihat oleh pengguna lain?

Hanya dengan buka profil anda, mereka boleh melihat semua gambar  profil yang anda tidak padam. Ini kerana Telegram hanya menggantikan gambar lama dengan baru tetapi tidak memadamnya secara kekal seperti WhatsApp.

Ikut langkah ini untuk padam gambar profil secara kekal tanpa boleh dilihat sesiapa lagi:

iPhone

  1. Buka Telegram, masuk ke Settings/Aturan.
  2. Tekan Edit/Sunting pada hujung kanan atas.Gambar Lama Profil Di Telegram Masih Boleh Dilihat? Ini Cara Padam Buat Selama-Lamanya
  3. Tekan pada gambar profil yang berada dalam bulatan.
  4. Anda dapat lihat senarai gambar profil yang pernah digunakan anda di bawah.
    Gambar Lama Profil Di Telegram Masih Boleh Dilihat? Ini Cara Padam Buat Selama-Lamanya
  5. Pilih mana-mana gambar untuk dipadam.tele profil 3
  6. Tekan ikon tong sampah di hujung kanan. Tekan Remove/Keluarkan.

Android

  1. Buka Telegram, masuk ke Settings/Aturan (tiga garis di kiri atas).
  2. Tekan pada gambar profil yang berada dalam bulatan.
  3. Anda dapat lihat senarai gambar profil dengan garis-garis di atas. Klik pada kiri atau kanan untuk pilih gambar.Gambar Lama Profil Di Telegram Masih Boleh Dilihat? Ini Cara Padam Buat Selama-Lamanya
  4. Tekan tiga titik di atas kanan, tekan Delete/Hapus dan Delete/Hapus sekali lagi.

Selesai. Kini anda dan pengguna lain tidak lagi dapat melihat gambar profil yang dipadam.

Baca juga:

  • Ada 4 Tanda Ini Di Telegram? ‘Confirm’ Anda Kena ‘Block’
  • Cara Hentikan Notifikasi Kenalan Baru ‘Join’ Telegram
  • Cara ‘Compress’ Saiz Gambar Dengan Mudah Guna Telegram
  • Sering Dimasukkan Ke Grup Tidak Diingini Di Telegram? Ini Penyelesaiannya

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY