Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara ‘Compress’ Saiz Gambar Dengan Mudah Guna Telegram

Cara ‘Compress’ Saiz Gambar Dengan Mudah Guna Telegram

Diterbitkan April 26, 2022 oleh Nadiah Ab

Pernahkah anda menghadapi isu saiz gambar anda terlalu besar untuk dimuat naik? Lalu untuk kecilkan saiz, anda bertindak dengan pergi ke mana-mana laman web “compressor” percuma dalam talian untuk compress saiz gambar tadi.

Tapi, tahukah anda perkara ini boleh dilakukan dengan mudah hanya menggunakan Telegram?

Teruskan membaca untuk ketahui cara compress gambar menggunakan Telegram.

Cara ‘compress’ gambar guna Telegram

Pada Telefon

Langkah 1: Buka aplikasi Telegram dan pergi ke ‘chat’ diri anda sendiri atau rakan anda. Kemudian klik ikon ‘attachment’ di bahagian kiri bawah skrin.

compress gambar telegram

Langkah 2: Pastikan anda di bahagian ‘Gallery’ dan pilih gambar yang ingin di’compress’kan.

compress gambar telegram

Langkah 3: Setelah ‘Send’ gambar, buka gambar yang telah dihantar, dan klik ikon ‘share’ di bahagian bawah kiri skrin.

compress gambar telegram

Langkah 4: Klik ‘Save Image’ untuk simpan gambar.

compress gambar telegram

Selesai. Gambar yang disimpan tadi secara automatik telah dikecilkan saiz oleh Telegram sendiri.

Pada PC

Langkah 1: Buka laman web Telegram atau aplikasi Telegram untuk PC dan pergi ke ‘chat’ diri anda sendiri atau rakan anda. Pada masa yang sama, pastikan ‘window’ yang mengandungi gambar yang ingin anda kecilkan saiz dibuka.

Langkah 2: ‘Drag’ gambar ke ‘window’ Telegram. ‘Drop’ gambar di pilihan kedua iaitu ‘in a quick way’.

compress gambar telegram

Langkah 3: Klik ikon ‘Send’ untuk hantar gambar.

compress telegram

Langkah 4: Buka gambar dan klik ikon ‘Save’ untuk simpan gambar.

compress gambar telegram

Selesai. Gambar yang disimpan tadi secara automatik telah dikecilkan saiz oleh Telegram sendiri.

Mudah bukan? Selamat mencuba!

Baca juga:

  • Ini Cara Buat ‘Sticker’ Bergerak Pada Aplikasi WhatsApp
  • Ini Cara Dan Senarai Lokasi ATM Maybank Terpilih Untuk Tukar Duit Raya
  • Ini Cara Semak Baki Kredit Touch ‘n Go Pada MyKad Anda

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY