Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
storan phone

Storan Telefon Anda Penuh Mungkin Sebab Telegram, Ini Cara Selesaikannya

Diterbitkan Mei 18, 2022 · Dikemas kini September 15, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Tak kisah sama ada Android atau iOS, kadangkala masalah storan (storage) disumbangkan oleh Telegram. Hal ini kerana segala media terutamanya bersaiz besar tidak dipadam dari storan.

Tambah pula kebanyakan daripada kita sering memuat turun filem dan siri yang bersaiz besar, pastinya memakan saiz yang banyak daripada storan.

Kali ini, kami kongsikan cara memadam media-media seperti gambar, audio dan video daripada storan telefon anda.

Jangan risau, walaupun ia hilang daripada telefon tapi kekal dalam chat Telegram anda. Jadi, sekiranya anda mahu dapatkannya semula, muat turun sahaja.

  1. Buka Telegram, masuk ke ‘Settings’.
  2. Tekan ‘Data and Storage‘ atau ‘Data dan Storan’.
  3. Tekan ‘Storage Usage‘ atau ‘Kegunaan Storan’.
  4. Tekan ‘Clear Telegram Cache‘ atau ‘Padam Kac Telegram’.
  5. Tekan ‘Clear Local Database‘ atau ‘Padam Pengkalan Data Tempatan’, jika ada).

Selesai.

tele storage

Tidak cukup dengan itu, di bawah kami kongsikan lagi cara supaya Telegram menghapuskan semua fail media daripada storan telefon secara automatik.

Seperti penyelesaian di atas juga, fail tersebut hanya dipadam daripada ‘storage’ telefon tapi anda boleh muat turunnya semula dalam chat Telegram.

  1. Buka Telegram, masuk ke ‘Settings’.
  2. ‘Data and Storage’ atau ‘Data dan Storan’.
  3. ‘Storage Usage ‘atau ‘Kegunaan Storan’.

Pada ‘Keep Media‘ atau ‘Simpan Media’, pilih tempoh yang anda mahu. Contohnya 3 hari, maka Telegram hanya akan menyimpan fail media tersebut selama 3 hari kemudian ia akan hilang daripada storan telefon.

Jika anda tidak mahu tetapkan berdasarkan tempoh, anda boleh pilih untuk tetapkan berdasarkan saiz.

Di ‘Maximum Cache Size‘ atau ‘Saiz Kac Maxima’, pilih antara 5GB hingga 50GB. Secara peribadi saya memilih 5GB kerana saiz itu sudah cukup besar. Jika fail mencecah lenih 5GB, Telegram secara automatik akan padam semua fail.

Jelas sekali terjemahan dalam Telagram sangat tidak tepat namun inilah seadanya.

Jika anda mahukan tip dan petua yang lain, tinggalkan di ruang komen.

Berkaitan

  • Cara Import Perbualan Daripada WhatsApp Ke Telegram Untuk Peranti Android
  • Cara Tetapkan Kod Laluan Dan Kunci Aplikasi Telegram Di Telefon Pintar
  • Sering Dimasukkan Ke Grup Tidak Diingini Di Telegram? Ini Penyelesaiannya

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY