Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sun Day

Jack Dorsey Cipta Aplikasi Jejak Vitamin D Dengan iPhone Pula

Diterbitkan Julai 16, 2025 ยท Dikemas kini Julai 16, 2025 oleh ariff bukhari

Selepas mencipta aplikasi bitchat, Jack Dorsey, pengasas bersama Twitter dan CEO Square, kini melancarkan pula “Sun Day”, sebuah aplikasi iPhone untuk menjejak pendedahan cahaya UV dan kadar Vitamin D anda.

Aplikasi ini masih dalam versi beta dan belum diumumkan tarikh pelancaran rasmi untuk telefon pintar Android.

Pengguna perlu menekan butang setiap kali mereka masuk atau keluar dari cahaya matahari untuk mengira anggaran Vitamin D yang diserap.

https://x.com/jack/status/1944391775256248473

Sun Day mengambil kira faktor seperti indeks UV lokasi, liputan awan, masa matahari terbit/terbenam, jenis kulit dan pakaian dipakai untuk memberi amaran bila risiko terbakar meningkat.

Beliau kini dilihat aktif dalam dunia pembangunan aplikasi melalui pendekatan pantas dikenali sebagai vibe-coding.

Aplikasi ini dibangunkan menggunakan platform AI sumber terbuka Goose, yang membolehkan idea ditukar kepada aplikasi berfungsi dengan pantas.

Dorsey menyifatkan Sun Day sebagai projek hujung minggu, sekali gus memberikan bayangan bahawa akan lebih banyak lagi aplikasi eksperimennya akan menyusul.

Berkaitan

  • Bina PC Power Tanpa Koyak Poket: JOI Work Ultra PC Jawapannya
  • Pengasas Bersama Twitter Cipta Aplikasi Saingi WhatsApp, Tidak Perlu Sambungan Internet
  • AI Jadi Hos TV, Penyampai TV Di China Kini Berdepan Cabaran Getir

Sumber: PCMag

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Maklumat Pelanggan Mungkin Terjejas Susulan Insiden Siber Amadeus - Malaysia Airlines
  • Pasport Malaysia 10 Tahun Kini Boleh Diperbaharui Melalui MyOnline Passport
  • Sarawak Energy Lancar 'Seri Batang Ai' - Bot Elektrik Pertamanya Dengan Panel Solar
  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
©2026 WISER.MY