Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iqoo 15 featured

iQOO 15 Bakal Tiba Di Malaysia Disember Ini

Diterbitkan November 11, 2025 · Dikemas kini November 11, 2025 oleh Amalina Athman

Selepas pelancaran global di China bulan lalu, iQOO Malaysia kini mengesahkan bahawa iQOO 15 bakal tiba untuk pasaran tempatan pada Disember ini.

Secara ringkas, peranti ini dijana cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang digandingkan bersama cip Q3 Gaming, memori LPDDR5X Ultra Pro serta storan UFS 4.1.

iqoo 15 _3

Bahagian paparan menggunakan panel Samsung M14 AMOLED LTPO bersaiz 6.85-inci dengan resolusi 2K, kadar segar semula 144Hz dan kecerahan maksimum 2,600 nit.

Kameranya pula dilengkapi tiga kamera belakang 50MP dan 32MP untuk swafoto. Peranti ini juga menampilkan bateri 7,000mAh dengan pengecasan berwayar 100W, serta sokongan Wi-Fi 7, Bluetooth 6.0, NFC dan menjalankan OriginOS 6.

iQOO 15 Bakal Tiba Di Malaysia Disember Ini

Dengan pelancaran dijadualkan pada Disember, iQOO 15 telah pun tersenarai dalam pensijilan SIRIM. Ketika ini, tarikh pelancaran rasmi masih belum diumumkan, manakala harga jualan hanya akan diketahui semasa pelancaran nanti.

Berkaitan

  • iQOO Dengan Cip Dimensity Terajui Ranking Kelas Pertengahan AnTuTu April 2025
  • iQOO Z10 Kini Di Malaysia - Snapdragon 7s Gen 3, 7300mAh, Harga Serendah RM1399
  • Pertama Di Dunia, Ramai Terlepas Pandang Fungsi AI Dalam realme 15 Pro Ni
  • iQOO 15 Rasmi Dengan Snapdragon 8 Elite Gen 5, Skrin 2K, Bateri 7,000mAh

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY