Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iQOO Z10 Turbo

iQOO Dengan Cip Dimensity Terajui Ranking Kelas Pertengahan AnTuTu April 2025

Diterbitkan Mei 6, 2025 · Dikemas kini Mei 6, 2025 oleh ariff bukhari

AnTuTu telah mengemas kini ranking telefon kelas pertengahan bagi bulan April 2025.

Tempat pertama bagi kategori ini diterajui oleh iQOO Z10 Turbo dengan cip Dimensity 8400 yang memperoleh sebanyak 1,800,196 mata.

Menjadikannya sebagai telefon bukan flagship paling berprestasi bagi bulan itu.

iQOO Z10 Turbo
iQOO Z10 Turbo yang baru sahaja dilancarkan bulan lalu di China, dilengkapi dengan skrin AMOLED 6.78-inch (2800×1260), kamera utama 50MP dan bateri  7,620mAh yang menyokong pengecasan pantas 90W. Ia juga tersedia dalam varian Pro.

Tempat kedua pula dihuni REDMI Turbo 4. Dikuasakan Dimensity 8400-Ultra, ia mencatat skor AnTuTu sebanyak 1,699,698 mata.

Walaupun ia berkongsi keluarga cip yang sama seperti Z10 Turbo, perbezaan penalaan kecil dan keadaan haba khusus pada peranti ini mungkin menyumbang kepada jurang prestasi antara 2 peranti ini.

redmi turbo 4

REDMI Turbo 4 telah pun tiba di Malaysia Januari lalu tetapi dijenamakan sebagai POCO X7 Pro.

POCO X7 Pro berharga dari RM1,499 boleh dibeli dari stor rasmi di:

  • Shopee – https://invl.me/clmovg7
  • Lazada – https://invl.me/clmovge

Manakala di tempat ketiga carta AnTuTu peranti pertengahan bagi bulan April 2025 pula menjadi milik OnePlus Ace 3V.

Ia merupakan peranti Android pertama dikuasakan Snapdragon 7+ Gen 3. Hasilnya, ia memperoleh skor AnTuTu sebanyak 1,418,257 mata, sekali gus ia kekal sebagai telefon dikuasakan Qualcomm 7-series paling berprestasi bulan ini.

OnePlus Ace 3V
OnePlus Ace 3V telah dilancarkan pada Mac lepas.

Berikut adalah senarai 10 telefon pintar Android kelas pertengahan dengan prestasi terbaik bagi bulan April 2025 berdasarkan carta AnTuTu.

april 2025 ranking phone

  • 1. iQOO Z10 Turbo (Dimensity 8400, 16GB + 512GB) – 1800196
  • 2. REDMI Turbo 4 (Dimensity 8400-Ultra, 12GB + 512GB) – 1699698
  • 3. OnePlus Ace 3V (Snapdragon 7+ Gen 3, 12GB + 256GB) – 1418257
  • 4. OPPO Reno 13 Pro (Dimensity 8350, 16GB + 512GB) – 1344616
  • 5. Redmi K70E (Dimensity 8300-Ultra, 12GB + 512GB) – 1324884
  • 6. OPPO Reno 13 (Dimensity 8350, 16GB + 512GB) – 1305197
  • 7. Redmi Note 12 Turbo (Snapdragon 7+ Gen 2, 16GB + 1024GB) – 1138556
  • 8. iQOO Z8 (Dimensity 8200, 8GB + 256GB) – 966653
  • 9. iQOO Neo 7 SE (Dimensity 8200, 12GB + 256GB) – 957401
  • 10. Redmi Note 12T Pro (Dimensity 8200, 12GB + 256GB) – 872956

Jika anda tertanya-tanya mengapa model seperti Snapdragon 8s Gen 4 (iQOO Z10 Turbo Pro) tidak tersenarai dalam carta AnTuTu ini adalah kerana Qualcomm mengklasifikasikan cip ini sebagai flagship, bukan dalam kategori kelas pertengahan.

Logik klasifikasi yang sama akan digunakan pada cip MediaTek 9-series seperti Dimensity 9400e di masa hadapan.

Berkaitan

  • POCO X7 Dan POCO X7 Pro Kini Rasmi Di Malaysia, Ini Spesifikasi Dan Harga
  • Umpama Sekali Cas, Sehari Gaming - realme 14 5G
  • Ini 5 Telefon Bajet Kurang Dari RM500 Setakat April 2025

Sumber: Antutu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY