Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iqoo z10

iQOO Z10 Kini Di Malaysia – Snapdragon 7s Gen 3, 7300mAh, Harga Serendah RM1399

Diterbitkan Julai 3, 2025 oleh Amsyar Latif

vivo Malaysia kini membawa masuk model terbaru iQOO, iaitu iQOO Z10. Telefon ini menampilkan skrin 6.77 inci AMOLED FHD+ 120Hz, cip Snapdragon 7s Gen 3, serta menjalankan Android 15 dengan Funtouch OS 15.

Ia hadir dengan bateri yang besar dengan kapasiti 7,300mAh yang menyokong pengecasan pantas 90W.

Di belakang, ia dilengkapi kamera 50MP+2MP dan turut mempunyai 32MP untuk swafoto.

Ciri lain termasuk pengimbas cap jari dalam skrin, WiFi 6, Bluetooth 5.2, serta penarafan kalis air dan habuk IP65.

Di Malaysia, iQOO Z10 hadir dengan 12GB RAM, dengan pilihan storan 256GB (eksklusif dalam talian) pada harga RM1,399 atau 512GB pada RM1,599.

Pelanggan yang membuat pembelian sebelum 10 Ogos akan menerima hadiah percuma termasuk waranti tambahan setahun dan beg galas.

Berkaitan

  • (Ulasan) iQOO 13 - Telefon 'Gaming' Yang Ada Dua Cip
  • Umpama Sekali Cas, Sehari Gaming - realme 14 5G
  • iQOO Neo 10 Dilancar Di Malaysia – Snapdragon 8s Gen 4 & Bateri 7,000mAh, Bermula RM1,999

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
©2026 WISER.MY