Mungkin ramai pengguna telefon pintar Android tidak sedar bahawa terdapat ciri tersembunyi yang boleh memanjangkan lagi hayat bateri peranti untuk penggunaan harian.
Ciri itu dikenali sebagai Adaptive Connectivity, ciri pintar yang pada mulanya ditawarkan pada telefon Google Pixel tetapi kini tersedia dalam semua telefon pintar Android baharu.
Malah ciri ini bukan sahaja dapat melanjutkan lagi hayat bateri, tetapi juga direka untuk mengimbangi kelajuan rangkaian mengikut kesesuaian aktiviti anda.
Fungsi ini membolehkan telefon beralih secara automatik antara 4G LTE dan 5G bergantung pada keperluan penggunaan.
Sebagai contoh, untuk tugasan ringan seperti mesej, media sosial atau pelayaran web, telefon kekal pada 4G LTE bagi menjimatkan tenaga.
Namun, apabila pengguna menonton video, memuat turun fail besar atau melakukan aktiviti yang memerlukan kelajuan tinggi, sistem akan segera beralih ke 5G secara automatik.
Kelebihan ini memberikan pengalaman lebih lancar di mana anda tidak perlu menukar tetapan rangkaian secara manual.
Ini sekali gus bukan sahaja menjimatkan bateri, malah memastikan kelajuan maksimum tersedia apabila benar-benar diperlukan.
Adaptive Connectivity biasanya diaktifkan secara lalai, tetapi anda boleh menyemak sama ada tetapan ini tersedia dan diaktifkan di telefon pintar anda di mana kebiasaannya tetapan ini boleh diaktifkan melalui Settings > Network & Internet > Adaptive Connectivity.
Tetapi jika tiada, anda boleh buat carian Adaptive Connectivity di dalam Settings telefon Android anda.
{suggest}


