Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iOS 17_CNET

iPhone Akhirnya Akan Jalankan Versi Penuh Pelayar Chrome Dan Firefox

Diterbitkan Januari 29, 2024 ยท Dikemas kini Januari 29, 2024 oleh ariff bukhari

Menerusi iOS 17.4 yang bakal tiba, Apple akhirnya akan membenarkan versi penuh aplikasi pelayar pihak ketiga seperti Google Chrome dan Firefox dijalankan dalam peranti iOS.

Untuk pengetahuan anda, sejak permulaan App Store, Apple hanya membenarkan satu enjin pelayar untuk sistem operasi iOS iaitu WebKit.

WebKit ialah teknologi yang menyokong Safari. Google Chrome pula berdasarkan enjin yang dipanggil Blink, yang juga merupakan sebahagian daripada keseluruhan projek Chromium yang digunakan oleh kebanyakan pelayar lain di pasaran.

iPhone Akhirnya Akan Jalankan Versi Penuh Pelayar Chrome Dan Firefox
Logo Webkit.

Edge, Brave, Arc, Opera dan banyak lagi semuanya menggunakan Chromium dan Blink. Sementara Mozilla Firefox pula dijalanka pada enjinnya sendiri yang dipanggil sebagai Gecko.

Jadi, pada iOS, semua pelayar pihak ketiga itu telah dipaksa untuk dijalankan pada paltform enjin WebKit, yang bermaksud banyak ciri dan sambungan tidak berfungsi lagi.

Tetapi itu semua akan berubah dengan iOS 17.4 kerana sesiapa yang membina aplikasi pelayar, atau membina pelayar dalam aplikasi, pembangun boleh menggunakan enjin selain WebKit jika mereka mahu.

Setiap pembangun akan diberi dibenarkan dahulu oleh Apple untuk menukar enjin “selepas memenuhi kriteria tertentu dan komited kepada beberapa pengurangan privasi dan keselamatan yang berterusan,” kata Apple dalam kenyataan mereka yang mengumumkan perubahan itu.

Tindakan Apple yang akhirnya membuka sistemnya kepada enjin pelayar lain bermaksud pelayar pihak ketiga akan menjadi lebih baik dengan pantas dari sebelumnya di peranti iOS.

Walau bagaimanapun, perubahan ini hanya untuk pengguna iPhone di EU sahaja. Jadi, pengguna iOS di EU, akan dapat melihat pelayar yang diubah suai ini di App Store sebaik sahaja iOS 17.4 dilepaskan pada bulan Mac akan datang.

Berkaitan

  • Ciri Perlindungan Peranti Dicuri Diperkenal Dalam iOS 17.3, Ini Cara Aktifkan
  • iOS 17.4 Akan Perkenal Sokongan Stor Aplikasi Alternatif Di Eropah
  • Apple Jelaskan Kenapa 'Sideload' Aplikasi Hanya Dihadkan Untuk Pengguna Eropah

Sumber: The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY