Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple App Store

Apple Jelaskan Kenapa ‘Sideload’ Aplikasi Hanya Dihadkan Untuk Pengguna Eropah

Diterbitkan Januari 26, 2024 · Dikemas kini Januari 26, 2024 oleh Amalina Athman

Bermula kemas kini iOS 17.4, Apple akan membenarkan pengguna iPhone di Kesatuan Eropah (EU) sideload aplikasi – boleh muat turun dan memasang aplikasi di luar App Store melalui pasaran alternatif .

Namun begitu, pasti ada yang tertanya mengapa Apple tidak melaksanakan perubahan itu untuk semua pengguna secara global? Tambahan pula, lebih mudah untuk Apple menguruskan App Store tanpa perlu berpecah kepada dua versi yang berbeza.

Berkaitan

  • iOS 17.4 Akan Perkenal Sokongan Stor Aplikasi Alternatif Di Eropah

Dalam dokumen sokongan pembangun, Apple memberikan penjelasan mengenai sideload aplikasi dan pilihan pembayaran alternatif serta kemas kini lain yang dihadkan kepada EU.

Pertama sekali, Apple tidak mempunyai pilihan selain mematuhi Akta Pasaran Digital (DMA) yang ditetapkan oleh pengawal selia EU. Namun, Apple boleh memilih untuk membuat perubahan ini secara global jika mahu.

Akan tetapi, Apple mendakwa bahawa perubahan ini akan membuka ruang kepada risiko ancaman untuk pengguna dan pembangun. Menurut Apple,

Apple is not offering these changes outside of the EU because this is not the safest system for our users. We’ve been very clear about new threats the DMA introduces — including increased risks for malware, fraud and scams, illicit and objectionable content..

Sebagai tambahan, Apple mengatakan kemas kini itu menjejaskan keupayaannya untuk mengesan, mencegah dan mengambil tindakan terhadap aplikasi berniat jahat.

Akhir sekali, Apple menyatakan pandangannya bahawa ia tidak membuat perubahan di EU dengan pilihan, dan mempercayai dasarnya sendiri adalah yang terbaik untuk pengguna di seluruh dunia.

Selain sideload aplikasi, perubahan di EU termasuk pilihan kepada pembangun untuk memproses pembayaran aplikasi, fungsi enjin carian pihak ketiga dan sebagainya. Perubahan ini akan tersedia kepada pengguna di 27 negara Eropah bermula Mac 2024.

Sumber: Apple Developer, via 9to5Mac

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY