Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 16 Pro camera_

iPhone 18 Pro Mungkin Terima Naik Taraf Kamera Dengan Apertur Boleh Ubah

Diterbitkan Disember 24, 2024 · Dikemas kini Disember 24, 2024 oleh Amalina Athman

Walaupun masih lagi hampir dua tahun untuk dilancarkan, ura-ura mengenai iPhone 18 Pro telah mula diperkatakan.

Dalam perkembangan terkini, penganalisis rantaian bekalan Apple Ming-Chi Kuo mengulangi dakwaannya bahawa kamera utama iPhone 18 Pro dan iPhone 18 Pro Max akan dilengkapi apertur boleh ubah (variable aperture).

Kamera lebar (utama) iPhone 18 Pro akan dinaik taraf kepada apertur boleh ubah pada tahun 2026. BESI (BE Semiconductor Industries N.V) ialah pembekal peralatan pemasangan untuk bilah apertur, komponen penting bagi naik taraf ini.

Apertur boleh ubah, yang pertama kali muncul pada Samsung Galaxy S9 dan kini terdapat pada peranti Huawei, Xiaomi dan Honor, membolehkan kamera menyesuaikan saiz apertur secara dinamik. Teknologi ini dapat meningkatkan prestasi dalam keadaan cahaya rendah.

Namun, ‘apertur boleh ubah’ yang terdapat pada telefon Android ini biasanya hanya bertukar-tukar antara dua tahap preset. Walaupun boleh meningkatkan kepelbagaian, ia tidak membenarkan kawalan tepat pengambilan cahaya atau depth of field (DoF).

Dengan rancangan yang dijangka ini, Apple mungkin dapat memperkenalkan kawalan apertur yang lebih hampir kepada keupayaan kamera DSLR/mirrorless profesional.

Pelarasan yang diperhalusi ini boleh meningkatkan prestasi dalam cahaya rendah, menghasilkan bokeh lebih semula jadi serta imej yang lebih tajam dan terperinci.

Berkaitan

  • iPhone 17 Pro Tidak Lagi Dijangka Hadir Dengan Face ID Bawah Paparan
  • Ini 7 Naik Taraf Baharu Pada HONOR X9c 5G Tapi Harga Masih Sama Macam Dulu
  • Laporan: Rekaan iPhone 17 Air Diserahkan Pada Pengilang, Selangkah Menjadi Kenyataan
  • Ura-Ura: iPhone 17 Pro Dijangka Kekalkan Reka Bentuk Kamera Segi Tiga

Sumber: Ming-Chi Kuo, Android Authority

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY