Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Mac Malware

‘Malware’ Menyamar Sebagai LastPass Sasar Pengguna Mac

Diterbitkan September 23, 2025 oleh ariff bukhari

LastPass melaporkan mereka mengesan penggodam menyasarkan pengguna Mac yang mencari aplikasi pengurus kata laluan seperti LastPass di Google dan Bing.

Mereka mencipta dua halaman GitHub palsu yang kelihatan sah, tetapi sebenarnya mengandungi perisian hasad Atomic bagi mencuri kata laluan dan maklumat kripto.

‘Malware’ Menyamar Sebagai LastPass Sasar Pengguna Mac
Tangkapan skrin berdasarkan SEO kepada perisian berbahaya.

Melalui teknik Search Engine Optimization (SEO), pautan palsu ini muncul tinggi dalam hasil carian. Pengguna kemudian diarahkan ke laman “macprograms-pro[.]com” untuk memuat turun malware tersebut.

‘Malware’ Menyamar Sebagai LastPass Sasar Pengguna Mac
Tangkap layar dari kempen di Github yang menunjukkan halaman palsu LastPass.

Kempen ini turut menyasarkan aplikasi lain seperti Robinhood, 1Password, Audacity dan Davinci Resolve.

Ekoran itu, LastPass menasihatkan pengguna untuk hanya memuat turun aplikasi dari laman rasmi atau App Store bagi mengelakkan terpedaya dengan aplikasi palsu yang dimuat turun dari platform pihak ketiga yang diragui.

Berkaitan

  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • Starlink Mini Kini Tersedia Di Malaysia, Harga RM930
  • Baseus Lancar Pengecas GaN 100W Dengan Skrin Mini

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY