Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
EU Apple

Selesai Isu USB-C, EU Mahu Apple Buka Ekosistem Kepada Pesaing Pula

Diterbitkan September 27, 2023 · Dikemas kini September 27, 2023 oleh Amalina Athman

Pesuruhjaya Eropah Thierry Breton dilaporkan meminta CEO Apple Tim Cook untuk membuka ekosistem perkakasan dan perisian syarikat itu kepada pesaing.

Berkaitan

  • Apple Tekankan Aplikasi 'Sideload' Berbahaya Dan Tak Akan Tunduk Pada Kesatuan Eropah (EU)
  • Apple Dilapor Akan Tambah Sokongan 'Sideloading' Dan Gedung Aplikasi Pihak Ketiga
  • EU Akan Kuat Kuasakan Bateri Telefon Pintar Mudah Ditukar, Tidak Perlu Peralatan Khas

Kata Breton,

The next job for Apple and other Big Tech, under the DMA (Digital Markets Act) is to open up its gates to competitors. Be it the electronic wallet, browsers or app stores, consumers using an Apple iPhone should be able to benefit from competitive services by a range of providers.

Bagi yang belum tahu, DMA atau Akta Pasaran Digital EU merupakan undang-undang persaingan atau antimonopoli, yang mana berupaya menyekat kuasa syarikat teknologi utama.

Pada awal bulan ini, Kesatuan Eropah (EU) telah mengklasifikasikan App Store, Safari dan iOS sebagai ‘gatekeepers‘. Apple juga mungkin terpaksa akur dan menambah sokongan ‘sideloading’ aplikasi di luar App Store pada iPhone dan iPad di Eropah, bagi memenuhi keperluan DMA.

Walaupun Apple menjelaskan keselamatan dan privasi pengguna adalah sebab ia melindungi ekosistemnya, namun Breton mendakwa peraturan EU memupuk inovasi, tanpa menjejaskan keselamatan dan privasi.

Dalam pada itu, tindakan EU menimbulkan pelbagai pandangan. Walaupun ia memberikan kelebihan kepada pengguna, namun ada yang berpendapat tindakan EU terlalu berlebihan sehingga dilihat cuba mengawal Apple sepenuhnya.

  • Beli Peranti Apple di Shopee: https://invl.io/cljx3rx
  • Beli Peranti Apple di Lazada: https://invol.co/cljx3s1

Sumber: Reuters via MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY