Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPad Pro M5

iPad Pro Akan Datang Mungkin Dilengkapi Teknologi ‘Vapor Chamber’

Diterbitkan Oktober 27, 2025 ยท Dikemas kini Oktober 27, 2025 oleh Amalina Athman

Apple dilaporkan kini sedang membangunkan teknologi vapor chamber untuk meningkatkan sistem penyejukan dan prestasi pada iPad Pro, sepertimana yang digunakan pada iPhone 17 Pro.

Dalam edisi terbaru Power On Bloomberg, Mark Gurman menyatakan bahawa dengan cip yang semakin berkuasa, Apple merancang untuk membawa sistem penyejukan itu ke iPad Pro.

Ciri ini dikatakan berpotensi hadir seawal tahun 2027 melalui generasi baharu iPad Pro dengan cip “M6” yang berasaskan teknologi 2nm daripada TSMC.

Penggunaan sistem penyejukan cecair ini akan membantu mengurangkan isu throttling, terutama apabila iPad Pro mengendalikan tugasan berat atau beban kerja yang lebih intensif.

Sekiranya langkah ini membuahkan hasil yang memuaskan, teknologi vapor chamber berpotensi diperluas ke peranti lain yang tidak menggunakan kipas seperti MacBook Air.

Menurut Gurman, Apple kini dilihat mengikut kitaran sekitar 18 bulan untuk iPad Pro. Dengan itu, pelancaran generasi baharu itu mungkin tiba sekitar suku kedua 2027.

Berkaitan

  • iPhone 17 Pro Rasmi - 'Vapor Chamber', 8x Zum, Storan Sehingga 2TB, Harga Bermula RM5499
  • Pertama Di Dunia, Ramai Terlepas Pandang Fungsi AI Dalam realme 15 Pro Ni
  • Affinity Designer, Photo Dan Publisher 2 Kini Ditawarkan Percuma Di iPad
  • iPad Pro Baharu Diperkenal - Cip M5, Rekaan Lebih Nipis
  • Cip M5 Tawar Kuasa AI 6 Kali Lebih Pantas, Kini Dalam MacBook Dan iPad Pro

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY