Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Affinity Designer, Photo Dan Publisher 2 Kini Ditawarkan Percuma Di iPad

Affinity Designer, Photo Dan Publisher 2 Kini Ditawarkan Percuma Di iPad

Diterbitkan Oktober 3, 2025 oleh Amsyar Latif

Pengguna iPad kini berpeluang memiliki tiga aplikasi kreatif popular daripada Affinity tanpa sebarang bayaran. Ketika ini, Affinity Designer 2, Affinity Publisher 2, dan Affinity Photo 2 boleh dimuat turun secara percuma di App Store, dan setelah didaftarkan dengan akaun Affinity, ia akan kekal menjadi milik pengguna.

Menurut laporan AppleInsider, aplikasi berkenaan pada mulanya dipaparkan sebagai percubaan tujuh hari. Namun, apabila menekan butang Buy Now, harga yang tertera adalah $0, sekali gus membolehkan pengguna mendapat lesen penuh tanpa caj.

Affinity Photo

Di Malaysia juga, saya telah menyemaknya dan ia tertera tulis RM0.

Affinity apps
Foto: Apple Insider

Menariknya, tawaran percuma ini hanya sah untuk edisi iPad. Versi Mac masih kekal pada harga asal dan kini sudah mula ditarik balik dari Mac App Store di beberapa negara, termasuk AS dan UK. Di Malaysia juga, aplikasi ini tidak tersedia untuk App Store Mac.

Situasi ini hadir ketika jenama Affinity sedang melalui perubahan selepas syarikat induknya, Serif, diambil alih oleh Canva pada 2024. Sejumlah langkah seperti penutupan saluran YouTube, hentian kedai pemalam, serta forum komuniti yang bakal dijadikan bacaan sahaja pada 6 Oktober menimbulkan persoalan mengenai hala tuju masa depan.

Affinity Designer, Photo Dan Publisher 2 Kini Ditawarkan Percuma Di iPad

Affinity turut mengacah pengumuman besar pada 30 Oktober dengan slogan “true creative freedom”, namun butirannya masih belum didedahkan. Sama ada tawaran percuma ini sebahagian daripada strategi baharu atau hanya ralat teknikal, pengguna iPad disaran memuat turun aplikasi ini segera sebelum ia ditarik semula.

Berkaitan

  • iPad Akan Terima Perisian 3D Popular Percuma Ini Terlebih Dulu
  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • Instagram Untuk iPad Kini Dilancarkan Selepas Hampir 15 Tahun

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
©2026 WISER.MY