Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Gemini AI Google Maps Apple CarPlay

Google Maps Di Apple CarPlay Kini Mula Terima Gemini AI

Diterbitkan Oktober 22, 2026 oleh Amalina Athman

Google mula membawa pembantu AI Gemini ke navigasi Google Maps pada Apple CarPlay, membolehkan pengguna berinteraksi dengan pembantu AI itu terus melalui paparan dalam kereta.

Melalui ciri ini, pengguna boleh mengajukan soalan secara perbualan ketika menggunakan navigasi, termasuk mencari tempat menarik untuk dikunjungi, mendapatkan maklumat tentang sesuatu lokasi dan meminta laluan yang mengelakkan jalan bertol.

https://wiserspace.sgp1.digitaloceanspaces.com/wp-content/uploads/2026/10/22100138/Google_Maps_-_Gemini_is_coming_to_Google_Maps_navigation_on_CarPlay_bringing_you_a_0nUdID.mp4

Sebagai contoh, pengguna boleh bertanya taman yang terkenal dengan pemandangan bandar yang cantik. Gemini juga boleh membantu menilai sama ada waktu tersebut sesuai untuk berkunjung berdasarkan keadaan kesesakan dan cuaca. Selepas menentukan destinasi, pengguna boleh meminta Google Maps memulakan navigasi ke lokasi berkenaan tanpa melalui jalan bertol.

Ketersediaan

Gemini is coming to Google Maps navigation on CarPlay, bringing you a helpful, conversational assistant right to your in-car display. Try asking things like:

🚗 “What park is famous for gorgeous views overlooking the city?”
🌤️ “I want to go at a time when it’s not too busy and… pic.twitter.com/HovkzHBDe7

— Google Maps (@googlemaps) October 21, 2026

Google menyatakan ciri ini sedang dilancarkan secara berperingkat di seluruh dunia, merangkumi lokasi yang menyokong Gemini. Sekiranya sudah tersedia, ciri ini boleh diakses melalui ikon Gemini dalam Google Maps pada paparan Apple CarPlay ketika navigasi sedang berlangsung.

Berkaitan

  • Google Maps Perkenal Ciri AI Ask Maps, Kemas Kini 'Immersive Navigation'
  • ChatGPT Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Aplikasi WhatsApp Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Gemini Di Android Auto Mula Terima Ciri 'Personal Intelligence'

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
  • Aplikasi Mudah Alih MySAHAM MITI Dilancarkan
  • HLB Islamic Naik Taraf Sistem Audio Masjid Jamek Untuk Keselesaan 3,000 Jemaah
  • MRANTI Lancar Lima Mission Labs Di I-Nation 2026, Sasar Projek Rintis Dalam 12 Bulan
  • Universiti China Beli 2 Cip Nvidia H200 Walaupun Berdepan Sekatan AS
  • Pas MyKomuter50 Boleh Diaktifkan Mulai 16 November, Ini Caranya
  • Ini 9 Pengeluar Modul DRAM Pihak Ketiga Terbesar Dunia, Kingston Kuasai 62% Pasaran
©2026 WISER.MY