Imbas kembali, iPad Air merupakan model yang telah dinaik taraf dengan cip A14 Bionic, iaitu cip terpantas Apple buat masa ini. Menampilkan rekaan baharu, ia menggunakan bezel nipis dengan skrin bersaiz 10.9 inci.
Antara ciri lain yang dimuatkan pada iPad Air adalah sokongan Touch ID, pembesar suara stereo, kamera belakang 12MP f/1.8 serta 7MP kamera swafoto.
Bagi aksesori, ia menyokong pengecasan berasaskan USB-C dan Smart Connector sambungan Magic Keyboard (boleh dibeli secara berasingan)
iPad Air menampilkan lima pilihan warna iaitu Space Gray, Silver, Rose Gold, Green dan Sky Blue. Harga yang ditawarkan untuk iPad Air adalah seperti berikut:
Wi-Fi
- 64GB - RM2599
- 256GB - RM3249
Wi-Fi+LTE
- 64GB - RM3149
- 256GB - RM3799
Bagaimanapun, hanya model Wi-Fi sahaja yang ditawarkan buat masa ini. Bagi model WiFi+Selular, ia dijangka akan ditawarkan pada hujung tahun ini. Pembelian iPad Air boleh dibuat melalui laman rasmi Apple Malaysia bermula hari ini dengan tempoh penghantaran sekitar 4 hingga 6 hari.
Berkaitan
- EVGA Hentikan Pengeluaran Kad Grafik, Dakwa Ini Puncanya
- KTM Komuter Kini Sokong Pembayaran Kad Debit, Ketahui Ini Sebelum Guna
- vivo V20 SE Akan Dilancar Hujung September Ini
- Lensa Periskop Sekali Lagi Dikatakan Hanya Eksklusif Untuk iPhone 15 Pro Max
- Individu Ditanam Cip Neuralink Kini Boleh Main Catur 'Online' Dengan Telepati
- ChatGPT: 21 Pekerjaan Paling Berisiko Digantikan Dengan Kecerdasan Buatan (AI)
- Ini Adalah Peranti Konsep Pertama Xiaomi Dengan Paparan Melengkung "Air Terjun"
- Pengguna WhatsApp Kini Boleh Tetapkan Avatar Sebagai Gambar Profil Dan 'Sticker'
- Google Bard Kini Lebih "Bijak", Boleh Analisis Video YouTube Secara Spesifik
- Tular Pelajar Panjat Pokok Untuk Dapatkan Internet, SKMM Buat Tinjauan