ChatGPT: 21 Pekerjaan Paling Berisiko Digantikan Dengan Kecerdasan Buatan (AI)

Ketika ini, kita melihat pelbagai gergasi teknologi telah mengambil langkah untuk mengurangkan pengambilan dan memberhentikan pekerja dalam skala besar, bagi tujuan menghadapi kemelesetan ekonomi. Antaranya termasuk Amazon, Intel, Google, Meta, Microsoft, Spotify dan sebagainya.

Namun, saya percaya itu bukanlah satu-satunya punca pengambilan pekerja dikurangkan atau sejumlah pekerja diberhentikan. Ini kerana, kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) sedikit sebanyak memberikan impak kepada pekerjaan tertentu.

{suggest}

Berikut adalah antara pekerjaan yang paling berisiko terjejas dan digantikan dengan AI, mengikut ChatGPT.

1. Pencipta Kandungan


AI juga boleh menghasilkan kandungan yang lebih tersusun dan menarik secara visual. Bagaimanapun, kandungan yang dihasilkan mungkin mempunyai kekurangan dari segi kreativiti, keaslian dan sentuhan peribadi.

2. Penganalisis Data


Berbanding manusia, AI boleh memproses dan menganalisis sejumlah besar data dengan lebih pantas dan lebih tepat daripada manusia.

Kelemahannya, ia mungkin sukar memahami corak data yang kompleks dan membuat keputusan berdasarkan maklumat yang ada.

3. Wartawan


Al boleh menulis artikel berita dengan tepat dan lebih pantas, tetapi kekurangannya pula adalah dari segi empati, tafsiran konteks sosial dan budaya, serta keupayaan untuk menceritakan kisah yang menarik.

4. Guru


Al boleh memberikan pengalaman pembelajaran secara individu kepada pelajar. Namun, jika digantikan dengan AI, penyampaian bagi setiap pembelajaran mungkin mempunyai kekurangan dari segi empati atau keupayaan untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih menarik.

5. Pengurus Pemasaran


AI mempunyai keupayaan untuk menganalisis arah aliran pasaran dan tingkah laku pengguna untuk membangunkan strategi pemasaran yang berkesan, menjadikan pengurus pemasaran manusia berlebihan.

6. Wakil Khidmat Pelanggan


Pertanyaan dan aduan pelanggan boleh dikendalikan oleh AI dengan pantas dan cekap. Akan tetapi, memandangkan ia melibatkan pelanggan yang juga manusia, AI mungkin mempunyai kekurangan dari segi empati dan keupayaan untuk memahami dan bertindak balas terhadap keperluan setiap individu.

7. Penganalisis Kewangan


Al boleh menganalisis data kewangan dan membuat keputusan, tetapi sukar memahami konsep kewangan yang kompleks dan mentafsir data dengan cara yang bermakna.

8. Pengurus Produk


Al mempunyai keupayaan untuk menganalisis arah aliran pasaran dan tingkah laku pengguna untuk membangunkan strategi produk yang berkesan, namun sukar memahami tingkah laku manusia, empati, dan kreativiti dalam pembangunan produk.

9. Pengurusan Sumber Manusia (HR)


Tugas HR seperti pengambilan pekerja, penilaian prestasi, dan pemprosesan gaji boleh digantikan dengan AI. Namun, sudah tentu tenaga kerja manusia masih diperlukan dalam bidang ini. Manakan tidak, mendengar namanya sahaja sudah pasti manusia memerlukan manusia memandangkan AI mempunyai had untuk memahami dan bertindak balas terhadap keperluan individu yang berbeza serta rasa empati.

10. Copywriter


Al boleh menulis salinan yang menarik dan persuasif. Namun, ia sukar untuk mentafsir konteks sosial dan budaya, serta keupayaan untuk menceritakan kisah yang menarik.

11. Penterjemah


Terjemahan teks dan pertuturan dalam masa nyata juga boleh dikendalikan oleh AI. Bagaimanapun, sama seperti copywriter, ia juga sukar untuk memahami konteks budaya serta menyampaikan dengan maksud dan emosi teks asal.

Lain-lain pekerjaan


Antara pekerjaan lain adalah seperti berikut:

  • Pengurus Media Sosial

  • Setiausaha Undang-Undang

  • Penyambut Tetamu Perubatan

  • Pereka Grafi

  • Pembangun Web

  • Pustakawan

  • Pereka Dalaman

  • Penjaga Buku

  • Penyambut Tetamu

  • Ahli Muzik


Kesimpulan


Secara asasnya, AI berpotensi untuk melakukan tugasan dan menggantikan pekerjaan. Dalam tempoh 10 tahun akan datang misalnya, kita mungkin melihat lebih banyak pekerjaan akan digantikan dengan AI. Walau bagaimanapun, tidak mungkin AI akan menggantikan sepenuhnya semua pekerjaan.

Jika dilihat lebih jauh, AI boleh dijadikan alat untuk membantu manusia melakukan sesuatu pekerjaan itu dengan cara yang berbeza, lebih baik dan pantas.

Penggunaan teknologi AI juga boleh menjadikan pekerjaan lebih cekap, dan mewujudkan peluang pekerjaan baharu dalam bidang seperti pembangunan, penggunaan dan penyelenggaraan sistem AI.

Selain itu, pekerjaan yang memerlukan kemahiran manusia seperti kreativiti, nilai sosial dan budaya, empati, emosi, sentuhan peribadi dan keaslian juga mempunyai kemungkinan yang tipis untuk digantikan dengan AI.

Sumber: John Vituli/ ChatGPT Experts

Berkaitan