Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Brad_

Google Bard Kini Lebih “Bijak”, Boleh Analisis Video YouTube Secara Spesifik

Diterbitkan November 23, 2023 · Dikemas kini November 23, 2023 oleh Amalina Athman

Jika dilihat dari pelbagai sudut, Google Bard belum setanding ChatGPT atau bot sembang AI yang lain. Namun, dalam perkembangan terbaharu, Google kini mengumumkan Bard akan menawarkan analisis yang lebih mendalam mengenai kandungan video YouTube – yang mungkin sangat berguna untuk sesetengah pengguna.

Berkaitan

  • Inilah Telefon "Tiga Tiga Sekupang" Versi Moden, Tahan Lasak Tapi Harga Tak Keras
  • Pengguna YouTube Premium Kini Boleh Cuba Dua Ciri Baharu Dengan Integrasi AI
  • Begini Rupa YouTube Playables, Sebuah Ciri Main 'game' Di YouTube

Untuk lebih jelas, Bard sememangnya sudah boleh menganalisis video YouTube dalam kemas kini pada September lalu. Walau bagaimanapun, ia tidak melibatkan analisis sebenar kandungan video, serta keupayaan untuk mentafsir kandungan tersebut untuk pertanyaan terperinci.

Dalam kemas kini di changelog Bard, Google secara ringkas menerangkan keupayaan Bard untuk memahami video YouTube.

We’re taking the first steps in Bard’s ability to understand YouTube videos. For example, if you’re looking for videos on how to make olive oil cake, you can now also ask how many eggs the recipe in the first video requires.

Dengan keupayaan Bard itu, pengguna boleh bertanya soalan lebih spesifik mengenai video yang berkaitan. Contoh lain, pengguna boleh bertanya mengenai ringkasan dalam video kereta elektrik terbaik dan sebagainya.

Google Brad_2

Google mengatakan, ia menguji ciri ini kerana mereka tahu pengguna mahukan penglibatan yang lebih mendalam dengan video YouTube.

Oleh itu, pihaknya memperluas YouTube Extension untuk memahami beberapa kandungan video supaya pengguna boleh “berbual” bersama Bard dengan lebih mendalam.

Untuk mencubanya, pergi ke portal Bard dan pastikan YouTube Extension didayakan.

Sumber: Android Authority

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Netflix Perkenal Tab Baharu 'AI Discover'
  • Chatbot AI Google Mungkin Langgar Peraturan Hak Cipta Akhbar: Penasihat undang-undang EU
  • Senarai Telefon Xiaomi, REDMI Dan POCO Yang Terima HyperOS 4, Mula Diedarkan Hari Ini
  • Binance Dedah Tawaran Temu Duga Kerja Palsu Antara Helah Penggodam Dalam Kecurian Aset Kripto AS$6.34 Bilion
  • 'Pre-Load' GTA 6 Bermula 10 November - Pemain Perlu Sediakan Ruang Sehingga 212GB
  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
©2026 WISER.MY