Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
xiaomi curved_2

Ini Adalah Peranti Konsep Pertama Xiaomi Dengan Paparan Melengkung “Air Terjun”

Diterbitkan Februari 5, 2021 · Dikemas kini Februari 5, 2021 oleh Amalina Athman

Xiaomi hari ini mengumumkan peranti konsep dengan paparan melengkung Waterfall. Ia merupakan peranti konsep pertama dari Xiaomi yang hadir dengan rekaan melengkung “air terjun” di setiap sisi.

Meet our first #QuadCurvedWaterfallDisplay concept smartphone. Everything you see on the display flows over the edges smoothly and seamlessly, just like water. 🌊 #InnovationForEveryone pic.twitter.com/8pwo80qKhl

— Xiaomi (@Xiaomi) February 5, 2021

Menurut Xiaomi, peranti konsep ini mempunyai permukaan melengkung 88° dengan menggunakan teknologi lenturan kaca bagi memperluaskan lagi paparan.

telefon Xiaomi paparan Waterfall

Rekaan peranti konsep ini juga mewakili sejumlah 46 paten yang telah dihasilkan. Sebagai tambahan, tiada sebarang port atau butang fizikal yang dimuatkan pada peranti ini.

Imej yang dimuatnaik turut menunjukkan paparan menyeluruh tanpa takuk mahupun paparan berlubang. Tidak dapat dipastikan jika ia menggunakan teknologi kamera bawah paparan untuk lensa swafoto. Sementara itu, status bar pula diletakkan pada bahagian sisi.

https://twitter.com/Xiaomi/status/1357580544796577794

Buat masa ini, tidak banyak maklumat yang didedahkan oleh Xiaomi mengenai peranti konsep tersebut. Memandangkan ianya hanya peranti konsep, belum lagi diketahui bila peranti ini akan tiba untuk pasaran global.

Sumber: Xiaomi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY