iPad Air Kini Rasmi Dengan Cip A14 Dan Rekaan Baharu - Harga Bermula RM2,599

Apple hari ini memperkenalkan iPad Air seterusnya yang sudah memasuki generasi ke-4. Sehubungan dengan itu, ia telah dinaik taraf dengan cip A14 an juga rekaan baharu.

iPad Air menggunakan rekaan bezel nipis seumpama pada iPad Pro dengan skrin 10.9 inci. Namun tidak seperti iPad Pro, model Air ini hanya menggunakan Touch ID yang dimuatkan dalam butang kuasa.



Menariknya ia dikuasakan oleh cip Apple A14 yang merupakan cip Apple terpantas buat masa ini. Untuk kamera terdapat 1 di bahagian belakang dan 1 di bahagian hadapan.

Bahagian belakang menggunakan kamera 12MP dengan apertur f/1.8 yang sama seperti iPad Pro manakala swafoto pula adalah 7MP.

Terdapat juga pembesar suara stereo untuk tontonan multimedia lebih memuaskan. Dari segi aksesori, iPad Air disokong oleh pengecasan berasaskan USB-C dan juga Smart Connector untuk Magic Keyboard.

Untuk harga jualan di pasaran Malaysia, iPad Air ini dipasarkan bermula dengan harga RM2,599.

Dari: iPad Air