Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
evga nvidia

EVGA Hentikan Pengeluaran Kad Grafik, Dakwa Ini Puncanya

Diterbitkan September 18, 2022 oleh Amalina Athman

Pembuat kad grafik popular, EVGA kini mengumumkan pihaknya tidak lagi bekerjasama dengan Nvidia untuk menghasilkan kad grafik baharu.

Menurut laporan, EVGA mengambil keputusan tersebut kerana mendakwa hubungan buruk dengan Nvidia adalah antara penyebabnya. Dinyatakan, syarikat itu mendakwa Nvidia tidak memaklumkan EVGA berkaitan produk baharu serta perubahan atau potongan harga kad grafik.

Berkaitan

  • NVIDIA Umum RTX 3050 Dan RTX 3090 Ti, Termurah Dari NVIDIA Yang Sokong Ray Tracing
  • RTX 3090 Ti Dilancarkan Secara Rasmi - Harga Mungkin Sekitar RM10K

Sebagai contoh, pada 7 September, Nvidia menawarkan kad grafik RTX 3090 Ti melalui Best Buy dengan harga promosi $1,099.99 (~RM4,989), berbanding EVGA yang menjual pada harga $1,399.99 (~RM6,349). Tiada pemberitahuan mengenai pemotongan harga, sekali gus menyebabkan EVGA serta rakan kongsi lain tidak mempunyai pilihan dan terpaksa menjual kad grafik tersebut dengan harga yang rendah bagi memenuhi harga yang ditawarkan oleh Nvidia ketika itu.

Walaupun sudah menamatkan hubungan kerjasama dengan Nvidia, EVGA menyatakan akan terus menjual dan menyokong kad grafik sedia ada di pasaran dan pengguna juga masih boleh membuat tuntutan jaminan produk yang berkaitan.

Dalam pada itu, turut dimaklumkan buat masa ini EVGA tidak mempunyai perancangan untuk menghasilkan kad grafik Intel atau AMD.

Untuk makluman, selain terkenal dengan pengeluaran kad grafik, EVGA juga menghasilkan sejumlah produk lain seperti bekalan kuasa, papan induk serta komponen dan aksesori PC lain.

Sumber: The Verge, Jon Peddie

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY