Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
v20 se_2

vivo V20 SE Akan Dilancar Hujung September Ini

Diterbitkan September 10, 2020 oleh Amalina Athman

vivo Malaysia kini mengesahkan V20 SE akan dilancarkan untuk pasaran Malaysia tidak lama lagi. Menurut vivo, V20 SE merupakan edisi istimewa pertama dalam siri V, yang memfokuskan kepada “mobilegraphy”.

PIC 3

vivo turut memperlihatkan rekaan peranti kelas pertengahan itu yang hadir dengan dua pilihan warna iaitu Gravity Black dan Oxygen Blue.

vivo V20 SE Malaysia

Menerusi imej yang dikongsikan, ia memperlihatkan peranti itu dengan paparan bertakuk yang menempatkan sensor kamera swafoto. Di bahagian belakang V20 SE dimuatkan dengan tetapan tiga kamera. Terdapat bicu audio 3.5mm, port pengecasan USB Type-C pada bahagian bawah peranti.

Dalam pada itu, vivo menyatakan V20 SE akan dilancarkan pada hujung September ini. Bagaimanapun, tidak didedahkan lebih lanjut mengenai tarikh pelancaran peranti ini. Dijangka lebih banyak maklumat akan didedahkan menjelang pelancaran tidak lama lagi.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Beli Peralatan Elektrik 'Online'? Semak 3 Perkara Ini Dahulu
  • Cara Pindahkan Mata Ganjaran Kad Mesra Lama Ke Aplikasi Setel
  • Penyelidik Jepun Hasilkan Sel Hibrid “Planimal” Daripada Alga Merah dan Sel Hamster
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
  • (Ulasan) Nothing Headphone (1) Pro — Hampir Mencapai Tahap 'Pro' Sebenar
  • Lenovo Legion Go Beam Dilapor Akan Menjalankan Sistem Android
  • Ini Jumlah Kepala Peledak Nuklear Yang Dilaporkan Wujud Di 9 Negara Setakat Ini
©2026 WISER.MY