Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iOS 18.3_

iOS 18.3 Kini Tersedia, Ini Yang Baharu

Diterbitkan Januari 28, 2025 · Dikemas kini Januari 28, 2025 oleh Amalina Athman

Apple secara rasmi hari ini mengeluarkan iOS 18.3 (22D63) untuk semua iPhone yang menjalankan atau menyokong iOS 18.

Berikut merupakan antara ciri baharu serta penambahbaikan dalam kemas kini iOS 18.3.

Apple Intelligence secara default

Apple Intelligence kini diaktifkan secara default untuk pengguna baharu atau yang menaik taraf kepada iOS 18.3. Ini bermakna ciri ini tidak lagi opt-in, sebaliknya menjadi opt-out. Pengguna boleh mematikannya melalui bahagian tetapan Apple Intelligence dalam aplikasi Settings.

Namun begitu, perlu diketahui bahawa Apple Intelligence hanya tersedia untuk model iPhone 15 Pro, iPhone 15 Pro Max dan semua model iPhone 16.

Ringkasan Notifikasi

iOS 18.3 membawa beberapa perubahan pada ringkasan Notifikasi ‌Apple Intelligence‌ bagi menangani aduan mengenai notifikasi yang mengandungi tajuk berita palsu.

Ringkasan notifikasi untuk kategori aplikasi Berita & Hiburan kini tidak tersedia buat sementara waktu. Apple mengatakan bahawa ciri ini akan diaktifkan semula pada masa akan datang, namun buat masa ini, notifikasi daripada kategori ini tidak akan dikumpulkan atau diringkaskan.

iOS 18.3_Apple Hub
Kredit: Apple Hub
italic summaries_Apple Hub
Kredit: Apple Hub
iOS 18.3_Apple Hub 2
Kredit: Apple Hub

Selain itu, semua ringkasan yang dihasilkan oleh ‌Apple Intelligence‌ kini dipaparkan dalam tulisan italic. Pengguna juga boleh menguruskan tetapan ringkasan notifikasi secara terus daripada Lock Screen.

Naik taraf Visual Intelligence

Dengan iOS 18.3, pengguna siri iPhone 16 kini boleh menggunakan Visual Intelligence untuk mengenal pasti tumbuhan dan haiwan, serta menambah acara ke aplikasi Calendar secara langsung daripada poster atau risalah.

Hanya tekan dan tahan (press and hold) butang Camera Control, kemudian halakan kamera ke arah haiwan, tumbuhan, atau banner yang mengandungi tarikh – dan maklumat yang dikenal pasti akan dipaparkan.

Kalkulator

Apple kini mengembalikan semula ciri yang sebelum ini telah dikeluarkan daripada aplikasi Kalkulator dalam iOS 18. Dalam iOS 18.3, apabila pengguna klik tanda sama (“=”) buat kali kedua dan seterusnya, aplikasi Kalkulator akan mengulang pengiraan terakhir.

Calculator

Apple has restored the ability to repeat calculations when you tap the equal sign again pic.twitter.com/5xaR3QsO1r

— Apple Hub (@theapplehub) January 27, 2025

Penambahbaikan lain

Selain itu, kemas kini ini turut menyediakan penambahbaikan serta pembetulan pepijat seperti berikut:

  • Membetulkan isu papan kekunci yang mungkin hilang semasa memulakan permintaan Siri (jenis bertaip).
  • Menyelesaikan isu di mana audio terus dimainkan sehingga lagu tamat walaupun selepas menutup Apple Music.

Walaupun begitu, perlu diingatkan sesetengah ciri mungkin tidak tersedia untuk semua negara atau pada semua peranti. Untuk kemas kini iOS 18.3 secara OTA (over-the-air), pergi ke Settings > General > Software Update > Update Now.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Dah Tamat Waranti Tapi Masih Nak Jimat Duit Hantar Servis Peranti HUAWEI? Ini Berita Baik Untuk Anda
  • Ini 10 Aplikasi iOS Dan Android Percuma Paling Popular Di Malaysia
  • Ura-Ura: Ini Model iPhone Yang Dijangka Terima Sokongan iOS 19
  • iOS 19 Dijangka Tampilkan Aplikasi Kamera Dengan Rekaan Lebih 'Clean'

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
©2026 WISER.MY