Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iOS 18.3.1 Tersedia Dengan Tampalan Keselamatan Penting – Kemas Kini Disyorkan

iOS 18.3.1 Tersedia Dengan Tampalan Keselamatan Penting – Kemas Kini Disyorkan

Diterbitkan Februari 11, 2025 ยท Dikemas kini Februari 11, 2025 oleh Amalina Athman

Apple hari ini mengeluarkan kemas kini iOS 18.3.1 dan iPadOS 18.3.1 yang merangkumi tampalan keselamatan penting.

Menurut dokumen sokongan keselamatan Apple untuk iOS 18.3.1 dan iPadOS 18.3.1, kemas kini ini membaiki kelemahan dalam ciri kebolehcapaian iOS yang telah dieksploitasi secara aktif oleh penyerang.

Dengan kelemahan ini, penyerang yang mempunyai akses fizikal kepada iPhone atau iPad boleh mematikan USB Restricted Mode pada peranti yang dikunci.

Impak: Serangan fizikal boleh mematikan USB Restricted Mode pada peranti yang dikunci. Apple menyedari laporan bahawa isu ini mungkin telah dieksploitasi dalam serangan yang sangat canggih terhadap individu tertentu yang menjadi sasaran.

Bagi yang tidak mengetahui, USB Restricted Mode ialah ciri keselamatan yang memerlukan kata laluan iPhone atau iPad sebelum ia boleh disambungkan ke komputer atau peranti lain melalui USB. Jika sistem ini berjaya dipintas, penyerang berpotensi mengakses data pengguna yang disimpan dalam peranti.

Walau bagaimanapun, Apple berkata kelemahan ini telah diperbaiki melalui pengurusan sistem yang lebih baik. Oleh itu, pengguna disarankan untuk segera mengemas kini iOS 18.3.1 dan iPadOS 18.3.1 bagi memastikan keselamatan peranti terjamin.

Selain iOS 18.3.1, Apple turut mengeluarkan iPadOS 17.7.5 dengan tampalan keselamataan yang sama untuk peranti yang tidak menyokong iPadOS 18.

Bagi melakukan kemas kini secara OTA (over-the-air), pergi ke Settings > General > Software Update > Update Now.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Dah Tamat Waranti Tapi Masih Nak Jimat Duit Hantar Servis Peranti HUAWEI? Ini Berita Baik Untuk Anda
  • iOS 18.3 Kini Tersedia, Ini Yang Baharu
  • Apple Keluarkan Versi Terbaru iOS 18.3 Untuk Semua Model iPhone 11
  • Perisian Hasad Pembaca Tangkap Layar Ditemui Dalam Aplikasi iOS Buat Pertama Kali

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY