Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
spark cat

Perisian Hasad Pembaca Tangkap Layar Ditemui Dalam Aplikasi iOS Buat Pertama Kali

Diterbitkan Februari 6, 2025 · Dikemas kini Februari 6, 2025 oleh Amalina Athman

Aplikasi yang diedarkan melalui Google Play Store dan Apple App Store kini menyembunyikan kod berbahaya yang digunakan untuk mencuri mata wang kripto, lapor Kaspersky.

Difahamkan, ini adalah “kes pertama yang diketahui” di mana aplikasi dijangkiti perisian hasad yang menggunakan teknologi OCR (Optical Character Recognition) untuk mengekstrak teks daripada imej, ditemui dalam App Store.

Menurut Kaspersky, SparkCat telah aktif sejak sekitar Mac 2024. Perisian hasad serupa telah ditemui pada 2023 yang menyasarkan peranti Android dan PC, tetapi kini telah merebak ke iOS.

Di iOS dan beberapa kes Android, perisian hasad ini berfungsi dengan mengaktifkan permintaan untuk mengakses galeri foto pengguna apabila mereka cuba menggunakan chatbot AI dalam aplikasi yang dijangkiti.

Setelah kebenaran diberikan, ia menggunakan teknologi OCR Google, yang membolehkannya mengimbas teks yang ditemui dalam gambar, untuk mencari perkara seperti tangkap layar kata laluan dompet kripto atau frasa pemulihan.

Perisian itu akan menghantar sebarang imej yang ditemui kembali kepada penyerang, yang kemudiannya boleh menggunakan maklumat tersebut untuk mengakses dompet dan mencuri mata wang kripto seperti Bitcoin dan lain-lain.

Aplikasi yang terjejas

Kaspersky menyenaraikan beberapa aplikasi di ‌App Store‌ yang mengandungi perisian hasad itu, termasuk WeTink, AnyGPT dan ComeCome.

Namun begitu, tidak jelas sama ada jangkitan itu merupakan “tindakan sengaja oleh pembangun” atau “akibat serangan rantaian bekalan”.

Berkaitan

  • Ramai Tak Tahu Tawaran Eksklusif iPhone 16 di iTworld, Jangan Terlepas
  • Saluran YouTube Jadi Sasaran Serangan Pancingan Data Perisian Hasad Windows
  • 'Bapa AI': Risiko AI Sebabkan Kepupusan Manusia Dalam 30 Tahun Akan Datang Kini Cecah 10% Hingga 20%
  • Kaji Akses Polis Kepada Data Telefon Dalam Undang-Undang Sedia Ada - Lee

Sumber: Kaspersky

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY