Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 16 pro_wiser

iOS 18.2 Dijangka Hadir Dengan Anggaran Tempoh Pengecasan

Diterbitkan November 6, 2024 · Dikemas kini November 6, 2024 oleh Amalina Athman

iOS 18.2 yang dijangka lancar awal Disember ini akan menawarkan lebih banyak ciri Apple Intelligence, termasuk Genmoji, Image Playground dan integrasi ChatGPT dalam Siri.

Sebagai tambahan kepada ciri tersebut, Apple dilapor sedang membangunkan keupayaan yang membolehkan pengguna melihat anggaran tempoh pengecasan iPhone.

Kod yang dikesan dalam iOS 18.2 beta kedua oleh 9to5Mac menunjukkan ciri “BatteryIntelligence” yang akan mengira anggaran masa untuk mengecas telefon, kemungkinan besar berdasarkan jumlah tenaga yang diterima oleh peranti.

Pengguna akan mempunyai pilihan untuk menerima notifikasi dengan anggaran tempoh masa yang diperlukan untuk caj mencapai 80%, contohnya.

Walaupun ciri itu ditemui dalam kod beta terbaharu, ia masih dilumpuhkan dan belum selesai – menunjukkan bahawa Apple masih membangunkannya. Ciri ini mungkin tersedia dalam iOS 18.2 beta akan datang atau dalam kemas kini perisian lain.

Ketika ini, macOS sudah pun mempunyai ciri serupa untuk MacBook pada bahagian menu Battery.

Dengan iOS 18, Apple telah menambah banyak ciri baharu yang berkaitan dengan kesihatan bateri. Sebagai contoh, pengguna kini boleh mengehadkan cas maksimum iPhone kepada 80%, 85%, 90% atau 95% untuk mengekalkan jangka hayat bateri dari semasa ke semasa.

Berkaitan

  • iOS 18 Akan Beritahu Jika Guna Pengecas Yang Perlahan
  • Ini Cara vivo Hasilkan Telefon Nipis 7mm Dengan Bateri 5500mAh
  • iOS 18.2 Beta 1 Tawar Lebih Banyak Ciri AI - Image Playground, Genmoji, ChatGPT
  • Cara Dapatkan Apple Intelligence Dalam iOS 18.1

Sumber: 9to5Mac

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY