Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iOS 18 Perkenal Pilihan Had Pengecasan Untuk iPhone 15

iOS 18 Perkenal Pilihan Had Pengecasan Untuk iPhone 15

Diterbitkan Jun 11, 2024 ยท Dikemas kini Jun 11, 2024 oleh Amalina Athman

Keempat-empat model iPhone 15 mempunyai tetapan yang menghalang peranti daripada mengecas melebihi 80%, apabila ia diaktifkan. Ciri ini dipercayai dapat meningkatkan jangka hayat bateri iPhone dengan mengurangkan masa bateri dicas sepenuhnya.

Dengan iOS 18, Apple kini menambah pilihan had pengecasan 85%, 90%, 95% dan 100%.

Charging limit iOS 18
iOS 18
charging limit iOS 17
iOS 17

Ciri had pengecasan tersedia melalui aplikasi Settings pada bahagian Battery > Charging. Seperti dinyatakan, ciri ini kekal eksklusif untuk barisan iPhone 15, sekurang-kurangnya pada iOS 18 beta pertama.

Untuk makluman, iOS 18 beta versi pembangun telah pun tersedia, dengan beta awam akan menyusul pada Julai nanti. Sementara versi stabil dijangka hadir seawal September untuk iPhone XS atau lebih baharu.

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY