Intel mengumumkan pelaburan tambahan bernilai RM860 juta bagi menjadikan Malaysia sebagai pusat operasi pemasangan dan ujian mereka.
Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata pelaburan itu berdasarkan keyakinan Intel terhadap perancangan jangka panjang negara, termasuk Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030).
“Intel turut merakamkan penghargaan atas sokongan berterusan Kerajaan Malaysia, khususnya terhadap pembangunan Kilang Pembungkusan Termaju di Pulau Pinang yang melibatkan perbelanjaan modal RM12 bilion dan kini 99% siap.”
Terdahulu, Perdana Menteri menerima kunjungan hormat CEO Intel Corporation, Lip-Bu Tan. Pertemuan tersebut memberi tumpuan kepada perkembangan sektor semikonduktor dan usaha mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelaburan berkualiti tinggi.
Anwar turut menyambut baik kerjasama Intel dengan institusi pendidikan dan latihan melalui mata pelajaran elektif serta projek penyelidikan dan pembangunan, yang telah menerima komitmen pembiayaan RM2.8 juta dalam tempoh dua tahun.
{suggest}
