Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cip ARM Malaysia

Malaysia Labur Lebih RM1 Bilion Untuk Akses Teknologi Cip ARM

Diterbitkan Mac 6, 2025 · Dikemas kini Mac 6, 2025 oleh ariff bukhari

Semalam telah berlangsungnya majlis bersejarah yang menyaksikan Malaysia dan United Kingdom menjalin kerjasama strategik dalam kecerdasan buatan (AI) dan semikonduktor negara sebagai hab teknologi utama Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN).

Jalinan kerjasama itu melalui pemeteraian kerjasama strategik bersama gergasi reka bentuk seni bina cip iaitu ARM Holdings plc di mana Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim antara tokoh utama yang memain peranan penting dalam usaha ini.

Perdana Menteri berkata, perjanjian dengan Arm akan membolehkan Malaysia mereka bentuk, mengeluarkan, menguji dan memasang cip AI untuk dijual di peringkat global.

Untuk itu, Malaysia akan membayar Arm Holdings RM1.12 bilion dalam tempoh 10 tahun.

“Malaysia bakal menyaksikan lahirnya mikrocip ‘Made by Malaysia’, suatu pencapaian yang mencerminkan keupayaan serta daya inovasi anak watan dalam bidang berteknologi tinggi. Ia bukan sekadar satu lonjakan ke hadapan, tetapi bukti bahawa negara kita mampu berdiri seiring dengan kuasa besar dunia dalam industri semikonduktor.” PM Anwar Ibrahim.

PM menegaskan bahawa perjanjian yang dimeterai ini bukan sekadar memperkukuh kedudukan Malaysia dalam sektor semikonduktor dan kecerdasan buatan (AI), tetapi juga menandakan era baharu di mana Malaysia bukan lagi hanya bertindak sebagai hab pembuatan cip, sebaliknya turut menjadi peneraju dalam inovasi dan pembangunan teknologi tersebut di rantau ini.

Berkaitan

  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • MacBook Air Baharu Kini Rasmi - Cip M4, Harga Bermula RM4,499
  • Apple Lancar Mac Studio Baharu - Mac Paling Berkuasa Pernah Dihasilkan

Sumber: Anwar Ibrahim

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY