Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
intel arc b-series

Intel Lancar Kad Grafik Arc B580 Dan B570

Diterbitkan Disember 4, 2024 oleh Rushsyafizal

Intel memperkenalkan siri terbaru kad grafik siri Arc B, termasuk model Arc B580 dan B570, yang dijangka menjadi pilihan menarik bagi gamer. Kad grafik ini, yang membawa kod nama Battlemage, direka untuk memberikan ciri gaming moden dengan nilai terbaik untuk prestasi.

Screenshot 2024-12-04 163830

Dibina menggunakan seni bina Xe2 terbaru, kad grafik ini menawarkan peningkatan 70% prestasi per Xe-core dan 50% lebih cekap dari segi prestasi setiap watt berbanding generasi sebelumnya. Model Arc B580, khususnya, memberikan pengalaman gaming 1440p pada kualiti ultra dengan 12GB memori GPU khusus.

Screenshot 2024-12-04 163800

Teknologi XeSS 2 yang diperbaharui kini hadir dengan tiga fungsi utama:

  1. XeSS Super Resolution – Upscaling berasaskan AI untuk visual lebih tajam.
  2. XeSS Frame Generation – Menambah bingkai interpolasi untuk pengalaman gaming yang lebih lancar.
  3. Xe Low Latency – Respon input lebih pantas untuk gamer kompetitif.

Intel Arc B580 Limited Edition akan mula dijual pada 13 Disember 2024 dengan harga serendah USD249 (RM1,150+). Model Arc B570 pula tersedia pada 16 Januari 2025 dari USD219 (~RM1,000).

Berkaitan

  • Produk Elektronik Pilihan: Jimat Besar Di Shopee, Patut Masuk ‘Wishlist’ Anda
  • Pengguna Apple Music Kini Lebih Mudah Kongsi 'Replay 2024'
  • Samsung Mungkin Perlihat Kaca Mata XR Pada Acara Galaxy Unpacked Januari 2025
  • iQOO 13 Rasmi Di Malaysia – Harga Bermula RM3,499
  • Sistem mySIKAP, Portal JPJ Akan Tergendala Sementara Hujung Minggu Ini

Sumber: Siaran media Intel

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY