Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Intel Reports Earnings As Impending Job Cuts Are Reported

Intel Dilapor Akan Kurangkan Lebih 20% Tenaga Kerja

Diterbitkan April 23, 2025 ยท Dikemas kini April 23, 2025 oleh Amalina Athman

Intel Corp dijangka mengumumkan rancangan untuk mengurangkan lebih 20% tenaga kerjanya pada minggu ini, sebagai langkah untuk menghapuskan birokrasi di syarikat pengeluar cip itu.

Menurut laporan Bloomberg yang memetik sumber terdekat, langkah itu adalah sebahagian daripada pelan penyusunan semula pengurusan dan usaha membina semula budaya syarikat yang berpaksikan kejuruteraan.

Ia bakal menjadi penstrukturan berskala besar pertama di bawah kepimpinan CEO baharu Lip-Bu Tan, yang mula mengetuai syarikat itu pada bulan lalu.

Langkah ini juga menyusuli pusingan pemberhentian kerja yang diumumkan pada tahun lalu, melibatkan kira-kira 15,000 pekerja secara keseluruhan. Sehingga akhir tahun 2024, jumlah pekerja Intel mencatatkan 108,900 orang, turun daripada 124,800 pada tahun sebelumnya.

Sehingga kini, pihak Intel belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung perkara tersebut.

Dalam masa yang sama, Intel dijadualkan mengumumkan laporan kewangan bagi suku pertama pada Khamis ini, yang dilihat akan menjadi petunjuk penting terhadap hala tuju dan keberkesanan strategi pemulihan Tan.

Berkaitan

  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • Anak Kelahiran Malaysia Ini Kini CEO Intel Yang Baharu
  • Intel, TSMC Dilapor Capai Perjanjian Awal Untuk Pembuatan Cip
  • Anwar Jumpa Binance, Malaysia Sasar Hab Blockchain Global

Sumber: Bloomberg

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
©2026 WISER.MY