Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone Apple Intel rumors_1

Intel Dilapor Akan Bekalkan Sebahagian Cip iPhone Seawal 2028

Diterbitkan Disember 8, 2025 · Dikemas kini Disember 8, 2025 oleh Amalina Athman

Intel dijangka mula membekalkan sebahagian cip untuk Mac dan iPad dalam beberapa tahun lagi, dan khabar terbaru menyatakan kerjasama itu mungkin turut melibatkan iPhone.

Ketika ini, Apple banyak bergantung pada Taiwan Semiconductor Manufacturing Company (TSMC) untuk menghasilkan cip iPhone, iPad dan Mac.

Bulan lalu, penganalisis Ming-Chi Kuo menyatakan Apple sedang mempertimbangkan Intel sebagai rakan pengeluar baharu menjelang 2027 untuk cip asas siri M.

Kini, penganalisis Jeff Pu bukan saja mengesahkan laporan Kuo, tetapi turut menambah bahawa kerjasama antara Apple dan Intel mungkin lebih besar daripada jangkaan.

Menurut laporan MacRumors, Pu berkata sebahagian cip iPhone bukan-Pro berpotensi dihasilkan oleh Intel seawal 2028 menggunakan proses 14A generasi baharu Intel.

Berdasarkan garis masa itu, Intel berkemungkinan akan mula membekalkan cip A22 untuk peranti seperti “iPhone 20” dan “iPhone 20e” dalam kira-kira tiga tahun lagi.

Perlu diketahui bahawa Apple masih mereka bentuk cip iPhone seperti biasa, dan peranan Intel dijangka terhad kepada sebahagian kecil proses pengeluaran sahaja.

Berkaitan

  • Pertama Di Dunia, Ramai Terlepas Pandang Fungsi AI Dalam realme 15 Pro Ni
  • NVIDIA Dan Intel Bekerjasama Bangunkan PC Masa Depan
  • Bloomberg: Pelancaran iPhone 18 Akan Dibahagikan Dua Fasa
  • Intel Umum Pelaburan Tambahan RM860 Juta, Jadikan Malaysia Pusat Operasi Pemasangan - PM Anwar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY